Friday, October 18, 2013

salam aidil adha 1435 hijrah part 1

alhamdulillah...

Masih dipanjangkan umur untuk sama-sama menjalani ibadah qurban pada tahun ini. Seperti tahun-tahun lepas, ibadah qurban kami sekeluarga di Surau Banggol, Chukai Kemaman.
A bit different this year since i am student rite now, mmm nasib baik dapat cuti extra sehari sebelum dan selepas cuti sambutan aidil adha.

oh, tahun ni jugak, kami sekeluarga bermalam di rumah kami pada malam raya, which is kat sg ular la, tak balik bukit kuang & geliga jugak!! Pagi tadi, gerak dari sg ular lebih kurang jam 7 pagi, sempat la sampai kemaman, singgah umah mak sue jap tukar baju raya.

Memang sepatutnya bermalam di kemaman, tapi kami dah terlajak jalan-jalan kat kuantan sampai  lewat malam, maka bermalam sahajalah di rumah. Pengalaman yang indah juga, first time bermalam di rumah sendiri, rasa lain, a bit berbeza, walaupun kawasan kejiranan dah ramai yang balik kampung. Jiran sebelah rumah ni dah balik kemaman awal petang lagi, kami pulak memilih untuk ronda-ronda di kuantan..hehe sambung 'dating' bertiga dengan nuraini.

seronok beraktiviti sekeluarga macam ni. sejak sambung study ni, memang masa bersama keluarga sangat dimanfaatkan! lepak-lepak around kuantan, dinner @ Johnnys (abi buka puasa!)
around 12 am baru sampai umah. Bersiap sedia untuk esok pulak!!

salam aidil adha
mommy suey

Monday, October 7, 2013

RESEPI SOTO AYAM

Assalamualaikum korang....

Seronoknya kalau dapat memasak, rindu pulak nak memasak Soto. Masakan kegemaran husband ni. Isteri WAJIB la kena tahu masak kan! 

okey jom tengok bahan apa nk guna and macamana nak masak soto ni ok!!

soto ayam

Bahan-bahan
Sup
Ayam (1 ekor,potong 4)
Buah Keras 8bj
Bawang Merah 20bj
Bawang Putih 2bj
(item 2-4, sila blend ok)
4 Beradik 1 each cukup
serbuk jintan putih 2 sudu
serbuk ketumbar 2 sudu

Bergedil
Ubi kentang 10 biji (nak banyak sila beli lebih k)
Serbuk jintan putih
Telur 2 bj
Garam

Sos Kicap Berlada
Kicap
Cili
cuka

Mari memasak kuah/sup soto ni dulu.
1. Tumis blend item ni dalam minyak yg banyak, agak-agak dh ade bau & masak , masukkan serbuk jintan putih & serbuk ketumbar tu.
2. Jangan lupa 4 beradik td, campak je dalam kuali..hehe
3. menumis ni yang agak lama, masukkan lg minyak masak bila dh tengok tumisan tadi makin pekat. Tumis sampai brownish tau.
4. Then, masukkan air, bila air dh mendidih, baru masukkan ayam.
5.Biarkan sampai ayam tu masak k.

sementara tu, meh buat bergedil dulu.

1. Basuh dan potong ubi kentang. Potong macam potato chips tp tebal sket.
2. Goreng mcm biasa. Then, toskan bila dah masak.
3. Tumbuk ubi kentang yang dah masak tu sampai lumat.
4. Masukkan serbuk jintan putih dan gaul rata.
5. Bentukkan bulat-bulat. celup dalam telur(letak garam sikit), pastu goreng!
6. Dah siap!!

Untuk sos kicap pulak, blend cili dan add kicap + cuka sikit.Siap!!

*Soto ni boleh dimakan dengan nasi impit atau meehoon/mee. Kami suka nasi impit! Beli yang saiz kecik, senang nak potong dan simpan!
*Ayam yang dah siap masak tu, sila carik-carikkan dengan garfu ye..memerlukan sedikit kesabaran di sini.
*Boleh goreng sohoon, campur taugeh, kacang dan lain-lain aksesori dalam sup/kuah mengikut selera masing-masing!
*Masa masak tu, jangan lupa banyakkan zikir ok!

cc kak atie sayang for the resepi soto yang best best!

selamat mencuba!!

#sueypunmemasakok#

Wednesday, October 2, 2013

PENGEDAR SHAKLEE DI UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum..

Just an update to new area of Cash On Delivery covered....

Ingin mendapatkan produk shaklee di area Universiti Malaya, Kuala Lumpur??



Saya adalah Pengedar Sah Shaklee (id 886589) kini, di area UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR. Jika anda memerlukan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, ibu mengandung, MASALAH BERAT BADAN, masalah kesuburan, ANAK KURANG BERAT, sembelit, MASALAH KULIT dan sebagainya.

anda boleh hubungi saya :

Facebook : Suhailey Mohd Noor
Email : sueymn@yahoo.com
WhatsApp/Call/msg : 012 921 4064

Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan bekalan vitamin keluarga anda dengan penghantaran percuma di sekitar Universiti Malaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju/Gedex juga boleh diaturkan.

Selamat bershaklee warga Universiti Malaya.

xoxo
suey
masters student um

Saturday, September 21, 2013

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2013

Alhamdulillah...
Sesungguhnya ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu, kita merancang, dah tentulah Allah swt yang menentukan ;) Cantik sungguh percaturan Allah swt tu.


Awal tahun dulu sue pernah post pasal sue temuduga HLP ni, bulan Januari if i not mistaken la, the interview went quite well..chances is 50-50.Memang tak boleh nak bajet langsung dapat ke tak!!! Alhamdulillah, bulan 7 result keluar..both sue & kawan sue BERJAYA dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tu.
Cantik betul percaturan Allah swt tu, sue actually sambung sarjana ni last year, tp belum rezeki nak sambung last year, Allah bagi rezeki sambung tahun 2013 dengan HLP sekali. Thank you Allah. Pengajarannya di sini, jangan cepat mengalah dan wajib bersabar. InshaAllah kalo dah rezeki tak kemana.

Korang mesti pelik kan, nape sue tak sempat sambung last year? actually, DG KKM tak sempat nak luluskan Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa HLP yang sue pohon. Pertukaran  Director General,MOH yang baru masa tu Dato' Hasan, bulan 10 dia baru dapat sign, sedangkan sue kena daftar kat Universiti bulan 9.  Another reason kenapa lambat adalah, pertukaran jadual masuk universiti kat Malaysia.

Before 2012, admission to university is around July, kira nak selaraskan time admission macam universiti kat oversea la ni,  so memang kelam kabut la sikit, universiti pun lambat nak keluarkan surat tawaran. Jenuh jugak nak dapat penangguhan. Course yang sue ambik pulak tak offer kemasukan semester 2, huh kena tunggu one year, plan hidup memang lari lah..redha sahaja dengan ketentuan tuhan, hikmahnya sekarang dah HLP. Memang memjimatkan duit sue, bukan setakat yuran je kementerian tanggung tau, hehe bagi duit saku lagi dan tak lupa duit untuk lain -lain keperluan. Next time sue buat entri pasal apa kemudahan yang kementerian kasi bila dapat HLP ni ok.



Alhamdulillah, sekarang dah minggu kedua sambung sarjana kat universiti. 
Back to university life!!! semoga Allah swt mempermudahkan perjuangan ku ini.

xoxo
suey@student master

Monday, July 15, 2013

Bengkak Susu? Bagaimana mengatasinya...

Assalamualaikum dan selamat membaca...

Bengkak susu??? ayoo, sakitnya..

Entri kali ni, kita cerita pasal bengkak susu memandangkan salah seorang sahabat sedang mengalami situasi ni ;) 

Semoga entri ni membantu beliau dan ibu-ibu menyusu lain..



Kenapa bengkak susu boleh berlaku??


Salah satu sebab berlakunya bengkak susu ialah payudara tidak dikosongkan dengan baik. Ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan menganggu pengaliran susu seterusnya terjadi lah bengkak susu.


So, how to settle?


Jom tengok petua-petua dibawah, mana tahu boleh membantu kan..  


1. Cara yang paling senang adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. maka, ibu disarakan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.


2. ibu juga disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang meyusu dengan perlahan-lahan. Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.


3. Bagi sesetengah ibu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Memandangkan ada ibu yang mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah mencuba kan!!. Daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


4. Daun sirih juga dikatakan mampu mengatasi bengkak susu. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


5.  semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


6. Another tips is 'sikat payudara'. sikat payudara dari dari atas ke bawah (ke bahagian puting).


Bagi yang mengalami bengkak susu, diharap entri ini dapat membantu...


I am breastfed mother & I am proud of it,

suey

surah ar rad ayat 1-3

Surah Ar-Rad ; Ayat 1-3.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. 
(1) Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). 
(2) Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

cc blog otaksebelah

Friday, July 12, 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE

salam ramadan...

cerita pasal supplemen yang saya baru nak start makan setelah melihat kesan yang best pada adik dan juga mak mertua x termasuk kawan-kawan dan ahli shaklee yang lain!! Opismate dah start makan, almaklumlah dah nak mendirikan rumah tangga tak lama lagi...pastinya ia adalah langkah yang sangat bijak memilih gla shaklee..dah boleh plan bila nak dapat 'baby' ;)


oh, jangan salah faham, sue bukan nak amik gla ni sebab nak tambah 'baby' tau! Actually, gla ni banyak lagi kebaikan lain selain untuk menambah baby ni. Sue kena ambik gla ni untuk mengatur balik kitaran cik P. sejak keguguran, cik P ni lain macam sket..maybe sebab stress jugak, umur pun dah makin meningkatkan, mana nak sama macam zaman muda remaja dulu kan? cik PMS ada jugak datang melawat sekali sekala, period pain pun ada..huhu ;(

Bagi yang tak rajin, diulangi ye,tak rajin, nak buat Pap Smear, boleh la consume gla ni, since one of the function is to helps in preventing cancer.

Kenapa sue pilih gla?
shaklee kan banyak produk! Ostematrix pun boleh legakan period pain tu!! Vitamin E pun boleh membantu!! By the way, efek sampingan berkaitan dengan kecantikan tu yang menggoda sue untuk memiliki gla complex ni. Tambahan pula, gla complex ni boleh membantu sue dalam mengurangkan ekzema, kulit kering, alergi dan jugak kegatalan yang kadang-kadang singgah kat hidung especially di pagi hari. Almaklumlah, sue ni tergolong dalam mereka yang ada sinusitis/resdung dan seangkatan dengannya!!

cabaran berGLA bermula...ade promosi pulak tu, memang semangat la..duit extra tu boleh beli buku....weee

i love myself & i love others too,

suhailey mohd noor
886589
012 921 4064



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...