Monday, January 2, 2017

3 PRODUK UNTUK KULIT KUSAM KEMBALI BERSERI SERI

Stress tau bila tengok cermin, muka nampak kusam!
Paling stress, bila orang tegur muka kita nampak kusam.

"Apsal muka nampak kusam?"
"Period ke? Tak cukup tidur? Kusam sangat nampak muka tu."

Ayat ayat macam ni, bikin sentap u. huhu

Bukan orang perempuan je yang rasa macam ni, orang lelaki pun sama. 
Mereka pun suka kecantikan tau, kalau tak, takde la lelaki lelaki ni berebut nak usha perempuan cantik. 

kan kan kan?

Basically, kenapa kulit kusam ni terjadi? Mesti la nak kena tahu punca kulit kusam dulu sebelum kita cuba untuk mengatasi masalah kulit kusam ini.

Salah satu punca kenapa kulit kusam boleh berlaku adalah disebabkan radikal bebas. Penimbunan radikal  bebas seterusnya menyebabkan kulit kelihatan kusam. 

Stress pun sama. Memang salah satu punca kulit jadi kusam. Bila kulit kusam ni berlaku, memang level konfiden pun boleh turun. Especially kalau kulit muka yang memang ketara nampak kusam.

Bertambah stress.

Muka kan aset penting.Bukan untuk dipertontonkan kepada masyarakat tapi untuk diri sendiri, memang tak suka nak tengok kulit kusam. 

Kulit biar nampak segar, energetik, baru semangat. Rasa lebih konfiden.

Produk shaklee untuk kulit kusam ni beberapa yang kita boleh amalkan.

3 produk shaklee untuk kulit kusam kembali berseri-seri adalah seperti berikut :

1. VIVIX


Tinggi dengan aktioksidan, vivix memang terkenal dengan fungsinya yang mampu melawan radikal bebas.

Kandungan resveratrol dalam vivix membantu dalam menyebabkan kulit kusam kembali berseri.

Kajian klinikal membuktikan, resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95% berbanding vitamin E dan vitamin C.

Selain itu, vivix juga bukan sahaja baik untuk kulit, malah pengambilan vivix secara konsisten meningkatkan tahap kesihatan malah nampak lebih awet muda berbanding usia.

Vivix juga salah satu ikhtiar dalam membantu menurunkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes, menurunkan kolesterol jahat dan lain lain penyakit.

2. KOLAGEN

Kolagen shaklee merupakan kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen. Kolagen ini sebenarnya diekstrak daripada sisik ikan merah yang didapati dari laut dalam.

Kenapa laut dalam? Kurang pencemaran kat sana, jadi kolagen yang diambil tu, bagus la kan.



Bagaimana kolagen ini membantu membuatkan kulit kusam kembali berseri?
Sebenarnya, bahan dalam kolagen shaklee ni, ada bahan-bahan seperti Camellia Japonica, vitamin c, vitamin b, ekstrak pfafia, ekstrak kerang-kerangan dan lactobacillus acidophilus yang membantu menjadikan kulit anjal, berseri dan bertenaga.

3. VITAMIN C

Korang tahu tak? Pengambilan vitamin c setiap hari mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.

Kulit yang cukup vitamin pastinya nampak berseri dan tidak kusam. 


vitamin c

Istimewanya vitamin c shaklee ni, sebiji vitamin c shaklee mampu membekalkan vitamin c yang cukup selama 5 jam berturut-turut. Sifat sustained release yang ada pada vitamin ni memudahkan kita untuk memastikan bekalan vitamin c cukup untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan melambatkan proses penuaan.

Nak atasi masalah kulit kusam kan, kena la makan makanan tambahan yang sepatutnya.

Ketiga-tiga produk ni memang menjadi pilihan ramai.

Paling mudah nak makan adalah vivix. Minum terus je kan. Mudah. Ramai yang prefer vivix ni.

Bulan ni ade promosi shaklee untuk suplemen vivix. Jimat banyak. Boleh beli untuk stok setahun pun.hihi

Boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin bagi mengatasi masalah kulit kusam ini.

COD di sekitar Kemaman dan Kuantan disediakan. Penghantaran melalui Poslaju dan Gedex disediakan di seluruh Malaysia.

Jumpa lagi dilain entri.Semoga masalah kulit kusam yang dialami segera berlalu.

Suhailey
Kuantan
2 Jan 2017

Sunday, January 1, 2017

5 CARA CARI DUIT LEBIH SUPAYA CEPAT BEBAS HUTANG

Assalamualaikum...

Duit lebih?? Siapa nak????

Tak perlu tunggu duit lebih, duit itu sendiri, memang ramai yang nak.betul tak? 

Especially duit tu boleh dapat dengan cara yang mudah. 
Bayangkan tiba tiba ada orang kasi duit RM 1000 macam tu je, tak perlu buat apa apa, siapa pun tak tolak. 

Jangan cerita pasal RM1000, RM 10 pun tiada siapa yang tolak. 
Betul tak?


Hutang???

Hutang pulak adalah MIMPI NGERI untuk semua orang dalam dunia ni. Walaupun memang ada hutang baik, tapi hutang masih tetap hutang.

Terutama dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik sekarang, memang hutang patut sangat dielakkan. Tak buat hutang baru pun dah cukup bagus tau.

Bebas hutang memang sangat diimpikan oleh semua orang. Lega nak mati bila dah bebas hutang.
Lepas satu beban dan seksaan yang dahsyat kat sana nanti.

Hidup memang sangat tenang bila bebas hutang. Serius best.

Hari ni saya nak berbicara tentang 5 cara cari duit lebih supaya cepat bebas hutang.

Harus diingatkan, cara cari duit lebih yang saya bakal kongsikan ini adalah pandangan dari saya sendiri dan mungkin juga daripada pengalaman sahabat sahabat saya yang terdekat. 

Kiranya cara cari duit lebih ni dah memang dipraktikan dan terbukti berjaya oleh mereka mereka yang berkenaan.

Mungkin korang boleh cuba salah satu cara duit lebih tersebut mengikut kesesuaian cara hidup dan masa korang.

Jangan bimbang, cara cari duit lebih yang saya maksudkan ini bukanlah kerja haram dan tidak patuh undang-undang mana-mana negara pun,dan bukan jugak mlm haram jadah. Bukan juga skim cepat kaya aka cepat lingkup. Hihi

5 Cara Cari Duit Lebih Supaya Cepat Bebas Hutang adalah seperti berikut :

1. Servis menghantar barang

Servis menghantar barang atau pun kini popular dengan panggilan runner, sesuai untuk kita cari duit lebih secara part time atau fulltime.

Bergantung kepada masa masing-masing. Tak strict. Ikut waktu lapang kita. 


Walaupun pendapatan tak seberapa sehari bagi yang menjalankan secara part time, let say rm20/sehari, sebulan dah ada rm600 kan?

Tak ke banyak tu, takkan la dapat rm20 je, mungkin lebih dan berkurang tapi sekurang-kurangnya memang ada la duit lebih untuk korang kan?

Antara servis penghantaran yang sahabat saya terlibat ialah servis menghantar barang dari kemaman ke kuantan dan sebaliknya. 

Since dia kerja kat kuantan dan tinggal kemaman, memang sesuai servis ini untuk dia.

Sahabat lain pulak, ambil upah ambil anak kawan-kawan masa rehat tengahari. Servis ini dia provide untuk parents kawan-kawan anak dia. 
Kerja beliau, ambil anak anak tersebut dari sekolah dan hantar ke transit mereka. 

Alang-alang memang nak hantar anak sendiri, ambil upah untuk hantar anak orang lain sekali. Lumayan jugak hasilnya, lepas la duit makan dan duit minyak sebulan tu. Beliau memang korbankan waktu rehat beliau untuk cari duit lebih dengan cara ni.

Korang mungkin boleh ikut cara sahabat saya ini atau boleh adjust perniagaan seumpama ini. Khidmat hantar dan beli setiap minggu ke? Mana mana yang sesuai dengan waktu yang korang ada.

2. Tuisyen

Jika korang ada tahap pendidikan yang tertentu, maksud saya memang habis sekolah la, boleh buat tuisyen dirumah atau buat personal tuisyen. 
Boleh jugak join pusat tuisyen.


Pilih subjek yang korang konfiden nak mengajar, buat part time, mungkin 3 minggu sekali. 
Zaman sekarang, tuisyen dah jadi keperluan tau, rebut peluang ni.
Budak tadika pun dihantar ke tuisyen tau.

Jika memang pandai bab mengaji dan berkelayakan, memang parents mencari sangat pengajar al quran untuk waktu hujung minggu.

Adik saya sendiri memang jurusan usuludin, dia tak berniat pun nak buat part time, kawan-kawan pulak mintak ajar anak mereka mengaji. 

Malam kan free, ok je nak mengajar, bukan sehari pun, ajar iqra. Ter 'dapat' duit lebih pulak dia. Rezeki. 

Kalau dia memang komited buat, memang banyak dapat income kat situ. 
Kalau kat kemaman ni, sebulan parents bayar dalam rm50-100 sebulan untuk ajar anak mereka mengaji dan kafa sekali.Hujung minggu je tau.

Ni contoh la, boleh apply untuk subjek lain. Rate ikut tempat.

3. Menjalankan bisnes jualan langsung secara part time

This one, i love it so much. Saya pilih shaklee. Tak semestinya strictly shaklee je. Banyak lagi peluang lain jugak, Tupperware, Amway, Cosway, CNI dan lain-lain.

Saya pilih shaklee sebab saya tertarik dengan pelan pemasaran shaklee dan sistem jualan shaklee ni. Pada saya bisnes ni mudah sangat nak buat. 


Modal rendah dan boleh je nak stop bila-bila saya suka dan start balik bila bila yang saya nak. Takde stress kat situ. Saya tak minat bisnes yang akan buat saya stress. I need an element of joy dan pada masa yang sama saya nak duit lebih jugak.

Saya jugak boleh tetapkan sendiri berapa income saya nak. Best tak?
Kalau korang nak join jugak, whatsapp saya di talian 012 921 4064. Kita bincang details tau. :)

Mana la tahu, korang pulak dapat lebih daripada apa yang saya dapat sekarang. Syok tak?

4. Drop ship online

Trend zaman sekarang bisnes online buat dropship. Jual kat facebook.

Sesuai sangat untuk mereka yang takde modal tapi nak bisnes. 


Sahabat saya buat dropship pakaian kanak-kanak dan barang mainan. Masyuk...
Settle duit makan dan belanja harian. Tak usik duit gaji pun. Best kan.

5. Berniaga depan rumah secara kecil kecilan

Siapa yang duduk kawasan perumahan sesuai cari duit lebih cara ni. 
Macam macam perniagaan modal rendah boleh mulakan. 

Berniaga air ataupun makanan. Buah buahan potong pun boleh. 
Mungkin  boleh cari duit lebih cara ni masa hujung minggu atau pada malam hari. 

Sediakan khidmat cod atau cash on delivery sekali, laju jalan bisnes tu.

Zaman minyak mahal, tak berbaloi nak masak sikit. 
Nak tapau pulak, tak berbaloi dengan masa dan minyak yang mahal. 

Ade khidmat delivery memang win win situation untuk both pembeli dan penjual.

Sahabat saya buat kek, kuih muih dan western food. Buat delivery sekali. Senang untuk saya tempah dan mintak hantar ke sekolah anak. Time jamuan diaorang especially. 


Ramai je parents macam saya ni, tempah je dan mintak penjual deliver sekali. Jimat masa kami tau. Untung mereka yang buat bisnes macam ni.

Sekian, entri 5 cara cari duit lebih supaya cepat bebas hutang. Diharap entri ni dapat memberi idea kepada korang untuk menjana pendapatan extra supaya korang ada duit lebih bagi melunaskan hutang dan seterusnya korang dapat bebas hutang awal.

Doakan saya jugak tau, saya ada hutang kereta dan rumah untuk dibayar. Sedang berusaha untuk melunaskan lebih cepat dari sepatutnya. Doakan tau.

Kalau korang nak settlekan hutang kredit kad, boleh baca entri kat link ni, insha Allah sangat membantu.


Best of luck semua. Till we meet again ni next entry k.

Bersama Bangunkan Ekonomi Ummah.

Suhailey
Kuantan,Pahang
1 Januari 2017

Thursday, December 22, 2016

MEE REBUS MUDAH SEDAP

Assalamualaikum swt

Semalam balik kerja pun dah lambat. Perut dah lapar. Nak masak nasi, karang lambat pulak. So, kita buat mee rebus je.  

Mee rebus versi terengganu tau. Korang pernah cuba?
Resepi mee rebus versi terengganu ni mudah sangat, ambil masa yang cepat pulak tu. Bahan untuk menumis pun tak banyak. 


Bukan tak nak masak menu lain, tapi cili blend dah habis. Kita masak apa yang ada je lah. Asal berkhasiat dan banyak sayur.hihi

Menu mee rebus ni sesuai untuk mereka yang bujang, sebab senang nak sediakan serta sesuai jugak untuk ibu-ibu yang busy, memandangkan cara masak mee rebus ni sangat la mudah dan cepat.
Lama sikit daripada masak maggi segera je.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak mee rebus versi Terengganu adalah seperti berikut :

Mee Kuning - 1 bungkus
Ayam (bahagian isi) - 2 ketul potong dadu
Bawang besar - separuh
Bawang putih -  6 ulas
Lada hitam -  separuh genggam (dalam 20-25 biji)
Sayur
Telur
Air

Cara masak mee rebus ni senang sangat. Firstly, kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Kisar sampai lumat. Kalau stok bawang besar dah habis, boleh guna bawang merah.
Kalau nak kuah banyak, perbanyakkan kuantiti bahan untuk kisar ni.

Then, tumis bahan kisar dalam kuali besar. Guna periuk pun boleh, tapi saya lagi suka masak mee rebus ni guna kuali sebab bukaan kuali yang besar berbanding periuk.

Masukkan air dan ayam yang dah dipotong dadu. Biar ayam masak dahulu sebelum masukkan sayur. Kitaorang sangat suka sayur, jadi sayur tu memang pelbagai dan banyak.


Ikut suka nak letak sayur apa pun, tapi biasanya, sayur yang sesuai ialah seperti sawi, lobak merah, kubis, bunga kubis, cili benggala dan saderi.

Agak-agak sayur dah nak masak tu, masukkan telur. Siap.

Hidangkan bersama mee kuning yang dah dicelur tadi.

Selain untuk dinner, best jugak mee rebus ni kalau buat sarapan atau makan petang. Makan tengahari memang nak cari nasi je.

Thanks korang, sudi baca sampai habis!

Boleh jugak nak cuba resepi mee rebus versi chendor perdana, Boleh klik link kat bawah ni:

Suhailey
Kuantan, Pahang
012 921 4064

Saturday, December 10, 2016

5 CARA INI BANTU HADAPI KURANGKAN ANAK DEMAM

Assalamualaikum wbt

Didoakan anda semua sihat dan menjalani kehidupan dengan baik

Semua orang pun nak sihat, kan? Bila tak sihat, banyak urusan tergendala, termasuklah ibadah seharian. Paling merisaukan apabila si kecil tersayang yang sakit. Anak demam pun ibu risau sangat, ini kan pula kalau anak sakit teruk.

Faham sangat apa yang ibu sekalian rasa, hari ni Qamarulhuda demam, Nuraini pulak batuk kahak, diri sendiri pun dah rada lemau ni. Suara pun keluar tak keluar ni

Kena gagahkan diri jugak untuk jaga mereka yang tersayang..ibu macam tu lah. Tak sihat pun wajib pastikan isi rumah tak terabai.

Just nak kasi tips untuk redakan demam anak memandangkan tengah aplikasi kat Qamarulhuda :)

1. Cek Suhu Badan Anak
Firstly, bila anak demam, cek suhu badan anak. Termometer wajib ada kat rumah. Kalau boleh, standby ubat demam sekali.

Cek suhu kerap dan pantau suhu jugak selepas makan ubat.

2. Beri ubat

Selepas dah cek suhu, kalau ada ubat standby dirumah, boleh kasi anak ubat sebelum ke klinik jika perlu.

Pastikan dos ubat yang betul, kalau tak pasti, lebih baik bawa anak ke klinik atau hospital.

Suhu 37 dah dikira demam dan incase ada ubat demam samada cecair atau ubat masuk ikur punggung tu, pastikan ubat tersebut belum tamat tarikh luput.

Cek dulu sebelum guna tau.

3. Sapu minyak

Kali ni, demam Qamarulhuda tak teruk, demam sekejap sekejap, tapi muntah pun ada.

Mungkin angin, sebab tak lalu makan sangat. Itu muntah. Sapu minyak angin kat betis dan tapak kaki.

Jangan biarkan anak tak pakai baju pulak. Musim hujan macam sekarang, dingin sejuk tu lain macam sejuk dia.Kadang rasa sejuk sampai ke tulang.

Make kalau muntah banyak kali sangat, terus bawa anak ke hospital tau

4. Cuba turunkan suhu

Salah satu cara untuk turunkan suhu badan anak ialah dengan melakukan sponging.

Lap tubuh anak dengan kain basah terutama didahi dan kawasan belakang badan.

Kerapkan mandi jika perlu. Boleh juga basahkan kepala anak dengan air. Cara ini cepat turunkan suhu badan anak.

Mengikut pengalaman sendiri, suhu lebih cepat turun jika kita guna air rendaman beras dan asam jawa untuk membasahkan rambut anak secara berterusan.

5. Minyak bawang putih

Sekiranya anak juga batuk dan selsema, buat minyak bawang putih. Sapu pada dada, betis dan hidung.

InshaAllah cepat baik.

Sekian, untuk entri pendek hari ni, anak tak berapa sihat, kita sambung next time ye.
Semoga bermanfaat :)

Suhailey
Kuantan,Pahang
0129214064



Friday, December 9, 2016

7 MAKANAN BAYI 6 BULAN IBU IBU PATUT CUBA

Assalamualaikum wbt

Hai korang, busy ke tu?
Entri hari ni khas untuk ibu - ibu yang tengah pening nak prepare makanan apa untuk sikecil tersayang. Usia bayi dah nak masuk 6 bulan, ibu penyayang...mesti nak yang terbaik untuk anak mereka. Kan? Kan? Kan?

Soalan yang biasa muncul dalam fikiran ibu-ibu...

Makanan apa yang sesuai untuk anak saya ye?
Boleh ke dia makan makanan ni?
Elok ke untuk penghadaman dia?
Saya patut mulakan dengan makanan yang macamana ye?

Geram tengok bayi ni makan tau

Pening macamana pun, si kecil tu perlu diberi makan tau. Pada usia 6 bulan ke atas, bayi mula memerlukan keperluan gizi berbeza berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, bayi memerlukan zat besi daripada sumber lain setelah masuk usia 6 bulan.

Walaubagaimana pun, susu ibu masih tetap perlu diteruskan.

Sebaiknya, ibu-ibu mulakan memberi bayi dengan makanan bertekstur halus, samada puree ataupun bubur. Paling baik adalah makanan yang disediakan sendiri dirumah atau home made demi memastikan kebersihan makanan tersebut lebih terjamin.

Dalam entri ni, saya cuba kongsikan 7 makanan bayi seawal 6 bulan yang selamat dan sesuai bayi pada umur tersebut yang ibu-ibu boleh cuba :) Mudah je ni :)


Sedapkan nampak puree dalam gambar di atas.  Ibu boleh sediakan puree macam dalam gambar dan simpan frozen untuk bayi ibu.


1. Puree Lobak Merah

Puree lobak merah antara makanan yang biasa diberi kepada bayi apabila berusia 6 bulan. Cara untuk sediakan puree lobak merah sangat mudah. Lobak merah mudah didapati, senang kerja ibu.

Jangan lupa stim kan lobak merah terlebih dahulu. Kemudian, lobak merah tersebut perlu dikisar
halus dan tapis sekiranya perlu.

Siap Puri Lobak merah.




2. Puri Epal

Nampak sedap kan, puri epal dalam gambar tu.
Puri epal memang menjadikan pilihan utama ibu-ibu untuk menjadi makanan pertama si kecil.

Puri epal juga mudah disediakan. Boleh pilih untuk stim dulu buah epal atau pun tidak.

Boleh guna hand blender untuk blend epal menjadi halus. Potong dulu tau epal tu dalam bentuk dadu, mudah nak blend.

3. Puri Pir

Potong buah pir (dadu), stim dan kisar halus.


4. Puri Keledek

Lemak lemak gitu rasa dia. Rasa manis buah. Biasanya, budak-budak memang suka.

Kena rebus dulu keledek sampai empuk. Kisar atau lenyek je keledek yang siap direbus sehingga penyek halus.

Siap.

5. Puri Labu

Puri yang juga mudah disediakan. Ambil sebahagian isi labu, penyek dan seterusnya boleh suap bayi makan.

Yang lebih boleh ibu masukkan dalam masakan ibu. 

Alang alang dah buat puri labu untuk bayi tu, labu yang lebih tu boleh buat sayur lemak labu ataupun pengat labu.

Satu keluarga boleh makan!


6. Puri Pisang

Paling mudah nak buat puri pisang ni, hanya perlu lenyek pisang sampai tekstur pisang tersebut sesuai untuk bayi.

Anggaran pisang yang diperlukan untuk untuk satu hidangan adalah lebih kurang 1/4 saiz pisang biasa.


7. Puri Avocado

Avocado ni buah yang sangat berkhasiat sebenarnya, tapi kadang-kadang susah nak dapat avacado ni.

Avocado ni kena stim dulu sebelum kisar jadi halus.

Kos pun agak tinggi untuk sebiji avocado ni berbanding 6 resepi sebelumnya :)

Ok, siap dah 7 resepi makanan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Jangan lupa air masak secukupnya untuk bayi tau. Bila dah start makan, kena la minum air masak jugak.

Diharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu diluar sana.

Terima kasih kerana membaca.

Suhailey Mohd Noor
Kuantan,Pahang
9 Disember 2016
012 921 4064

Thursday, December 8, 2016

Tips Sediakan Makanan Untuk Si Kecil Supaya Pengasuh Tak Pening

Assalamualaikum uolls ;) :)

Ada yang tengah pening anak dah nak masuk 6 bulan ke? 
Anak dah mula makan, nak fikir menu lagi, nak fikir macamana nak uruskan kat pengasuh atau pun taska lagi. 

Macam - macam dalam fikiran, kan? Dah pernah melaluinya, faham sangat..hihi
Ibu berkerjaya memang gitu. Kena plan betul-betul, baru semua terurus.

Since kita ni bekerja kan, tak kisah lah waktu pejabat ataupun shift, mungkin gajet-gajet seperti warmer sangat membantu untuk memudahkan kita menyediakan makanan untuk anak kita. Kalau kita boleh prepare makanan sendiri lagi baik. 

Berdasarkan pengalaman saya, gajet berikut sangat membantu dalam penyediaan makanan anak saya.
Menyediakan Makanan Si Kecil Bukan lagi Mimpi Ngeri dengan adanya Gajet-gajet  Ini.

1. Blender

Saya memang guna blender yang jenis macam gambar ni, senang sebab ade container dia yang kecik tu, mudah untuk blend makanan yang sikit. Lagipun, blender macam ni banyak container, so each container tu boleh khaskan untuk blend bahan tu je.

Biasanya saya blend bubur brown rice. Makanan lain macam kurma, kena blend jugak. Bubur ayam pun.


2. Thermos

Thermos ni kegunaan untuk simpan makanan dan pastikan makanan tu tak sejuk. Biasanya, untuk hantar kepada pengasuh atau taska, thermos ni sangat berguna. Anak boleh makan makanan pada suhu yang tidak sejuk. Pengasuh atau pihak taska pun tak perlu susah susah nak panaskan. 

Macam thermos kat dalam gambar di atas tu, sudu pun disertakan sekali.

Zaman sekarang ni, macam - macam design thermos yang ada. Pelbagai saiz pulak tu. Tunggu sediakan duit sahaja. :)


Good thing bila guna thermos ni, brand ni tahan lama. Nuraini punye beli tahun 2010 pun masih elok boleh pakai.

3. Warmer

Untuk warmer, saya memang beli warmer yang boleh panaskan  expressed breast milk (ebm) dan makanan sekali. Kiranya 2 in 1 la ni. Nuraini dan Qamarulhuda both breastfeed, bottle & babyfood warmer ni sangat berguna.

Mudahkan kerja pengasuh dan taska jugak. Sometime, saya bekalkan frozen homemade food untuk anak-anak saya. Pengasuh/taska saya bekalkan warmer ni untuk panaskan makanan anak saya.

Banyak brand warmer yang cantik dan canggih dah zaman sekarang. Boleh buat pilihan nak warmer yang macamana :)
4. Electric Lunch Box


Haa..inilah rupa lunch box. Certain parents memang guna lunch box ni untuk masak makanan anak mereka. Agak mudah sebenarnya, since kita memang masak dalam kuantiti sedikit kan. Lagipun, penyediaan makanan menggunakan electric lunch box ni lebih cepat berbanding slow cooker.

Mommies boleh consider beli electric lunch box ni berbanding slow cooker. Apa pun ini hanya pendapat saya sahaja, berdasarkan pengalaman kawan - kawan yang memang guna electric lunch box ni. 

Kesemua gajet ni saya memang ada untuk mudahkan urusan apabila anak saya mula makan, cuma electric lunch box tu saya tak beli sebab dah ade rice cooker yang serbaguna dan multifunction.

Terima kasih kerana membaca. Jika anda idea yang lebih menarik dan mudah, boleh lontarkan idea korang diruangan komen.

thanks a lot uolls ;)


Suhailey
Kuantan,Pahang
8 Disember 2016

Wednesday, December 7, 2016

Tortila Wrap Mudah & Sedap

Mood Tortila sejak minggu lepas lagi :)
Alhamdulillah incik asben dan anak anak layan je kerenah mak diaorang ni. Maka, berTortilla lah sepanjang minggu :)

Adik request Popia Seaweed, umi pun dah buat kan, so tortilla ni kena la makan jugak :)

Untuk tortilla yang saya buat ni, ikut resepi sesuka hati jek. First attempt grill kan ayam tu, tapi rasenye ayam versi goreng lebih sedap.


Untuk wrap, saya suka wrap dari brand mission. Ade a few perisa tapi saya suka perisa garlic. Harga dia less than RM10 untuk 10 keping.

Filing dia pulak ikut suka hati tukang makan. Biasanya mesti ade fillet ayam, salad, cili benggala, tomato, timun dan kubis purple. 

Jangan bimbang, boleh add vege lain yang rase sesuai. Incase tak cukup bahan, boleh mix apa sahaja asal kena dengan selera.

Filing wrap 
Tortila wrap versi ni ada fillet ayam goreng crispy, hirisan tomato, salad dan cili benggala. Sos cili dan thousand island jangan dilupa. Boleh tambah mayonaise kalau ada dan suka.

Saya guna wrap Garlic :)

Nuraini punye

Tortila wrap versi Nuraini ni at last tinggal fillet ayam jek :)

Umi punye

Saiz tortila wrap ikut kuantiti filing :)

Tortila saiz besar tu umi punye & tortila saiz kecil tu, nuraini punye. Size tortila adalah berdasarkan filing tortila kat dalam tu..hehe

wrap versi gini 

Maka, siaplah tortila wrap untuk dimakan. Untuk dinner best ni, kalau diet lah. Kalau tak, mesti cari nasi punye..hihi


Mudah sangat kan nak buat tortilla ni, kacang putih orang kata! Cepat dan mudah. Express gittew.

Cukup untuk kali ini, jumpa uolls di next entry ok!

Suhailey
Kuantan,Pahang
7 Disember 2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...