Friday, September 11, 2015

Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM?

Bila sebut je pasal MLM, most people akan mencebik. Macam la berdosa sangat MLM tu kan. Yang tak tahan tu, dah mencebik, mengutuk pasal MLM, tapi sebenarnya, dia sendiri pun tak tahu MLM tu apa. 

Ni selalunya kes dengar cakap-cakap orang la, ntah siapa yang mulakan (sumber asal) pun tak tahu, tapi sibuk viralkan. mmmm kena hati-hati tau. Jangan sampai memfitnah!

MLM ni apa sebenarnya? Kenapa ramai sangat orang duk anti bebenor dengan MLM ni? Punye lah anti, sampaikan kalau dengar pasal MLM dari jauh pun, terus larikan diri. 

Kalau boleh, tak nak dengar lah pasal MLM ni. Dahsyat sungguh penangan MLM ni, kalah populariti K-POP tau. hihi.
apa itu mlm
MLM adalah singkatan kepada multi level marketing iaitu network marketing atau pun dalam bahasa melayu 'pemasaran jaringan'. MLM ini telah lama berkembang di Malaysia.

Bila baca definisi MLM tu, takde la pulak anything yang boleh buat 'orang' menyampah dengan MLM ni kan? 

Korang tau tak? 
Kalau korang 'google' syarikat MLM kat Malaysia, selain Shaklee, korang akan jumpa nama-nama syarikat besar lain seperti Avon, Cosway, Amway, Tupperware dan lain-lain. Siap ada carta Top 10, Top 30 dan Top 50 lagi tau. 

Syarikat-syarikat ini digelar syarikat MLM kerana mereka mengamalkan strategi pemasaran secara jaringan. So, apa masalahnya dengan kaedah pemasaran MLM ni?

Sebenarnya, tak salah pun sistem pemasaran MLM ni, yang salah adalah orang memanipulasikan sistem ini sehingga ada yang tertindas dan tertipu. Itu yang sampai ada orang, anti bebenor dengan MLM!
multi level marketing

Dalam sistem pemasaran MLM, kita sebenarnya memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian (network) perniagaan kita sendiri.

Pada asasnya perlu ada produk dan produk itu digerakkan dan bukan hanya bersifat head hunting sahaja tanpa penjualan produk.

Harus diingatkan dalam sistem MLM yang sebenar, komisen tidak dibayar berdasarkan 'jumlah rekrut ahli /pengedar baru' setiap bulan tetapi berdasarkan jualan produk. 

Proses rekrut ahli/pengedar baru diperlukan bertujuan untuk menggerakkan produk kepada lebih ramai orang. Dengan kata lain, untuk meluaskan rangkaian perniagaan kita. 

Tiada istilah goyang kaki dalam sistem MLM yang benar. Setiap bonus/komisen yang diterima harus ada usaha. Kalau goyang kaki, confirm takde hasil!

Apa pun, korang perlu berhati-hati jika ada bisnes MLM yang memerlukan pinjaman untuk menjadi ahli/pengedar kerana modal yang besar diperlukan, asyik mementingkan head hunting tetapi penjualan produk tidak dititikberatkan. Itu mungkin skim cepat kaya yang bertopengkan MLM.

Jangan tertipu!

Jika ada pengedar atau ahli syarikat MLM yang menyalahgunakan pelan syarikat dengan mempengaruhi ahli dibawahnya untuk melabur beribu-ribu atau  membuat hutang berpuluh ribu untuk membeli pangkat, pengedar itu yang patut disalahkan dan bukannya syarikat MLM tersebut. 

Kesian syarikat tu tau, pelan pemasaran dah bagus, pengedar pulak yang keladak. 
multi level marketing
Sistem MLM ni best sebenarnya, Bill Gates pun, kalau diberi peluang untuk bermula balik, beliau akan memilih pemasaran jaringan seperti tau. Kenapa? Sebab, beliau nampak potensi pemasaran ini dapat memberi manfaat yang bagus untuk bisnes beliau.

Alhamdulillah, setakat ini shaklee merupakan syarikat MLM yang mematuhi strategi pemasaran MLM yang sepatutnya. Tak terbeban langsung dengan pelan syarikat ini dan sangat bersyukur ditemukan dengan bisnes semudah shaklee. :)

Alhamadulillah, dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan orang lain dalam pada masa yang sama ada hasil untuk dikongsikan dengan orang lain juga.

Paling best, peluang yang sama dan harga produk yang sama untuk semua pengedar disamping tawaran hebat setiap bulan dan cycle.
vitalea free
Hubungi saya :
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
Pengedar Shaklee Kuantan



Wednesday, September 9, 2015

Kedai Kek Sedap di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri khas untuk peminat kek terutama yang berada di sekitar Kuantan. 
Korang suka kek tak?

Saya enjoy sangat makan kek, boleh hilang stress tau. Tak kira masa, kek ni boleh je jadi hidangan bila-bila masa. Kalau dah peminat kek kan, sarapan kek pun boleh.

Kali ni nak bagi sedikit review tentang kedai kek sedap di kuantan. Harus diingatkan, kedai kek yang saya review ini hanyalah pandangan diri sendiri dan pendapat kawan-kawan sahaja. Memang tiada kajian atau survey yang 'formal' dibuat berkenaan ini tau.
kula cakes
Kedai kek yang dimaksudkan ialah Kula Cake. Menu kek yang paling disukai pula ialah Mango Cheese Cake dan air Pandan Cooler. (macam dalam gambar!)

Both menu boleh juga didapati di Restoran Lila Wadi, Kuantan. Kiranya Kula Cake ni hak milik Lila Wadi la jugak, versi kek! hehe

Baca sini : RESTORAN LILA WADI

Suasana kat kedai Kula Cake ni memang awesome. Cantik untuk ambil gambar jugak. Tak percaya? Tengok gambar-gambar dibawah.
kedai kek sedap kuantan


Kek kat sini memang sedap. Selain mango cheese cake, terdapat juga pilihan kek lain seperti pavlova, red velvet, toblerone cheesecake dan lain-lain. Creme brulee dan brownies pun ada tau.

Lokasi Kedai Kek Sedap Kula Cakes ni:

Kula Cakes 
A96, Jalan Besar,
25000 Kuantan
Pahang.

Boleh hubungi 017 971 1396 untuk sebarang pertanyaan berkaitan. Nak tahu kek apa yang availablepada hari tersebut ke, nak buat tempahan awal ke or any other related question.

Kedai kek Kula Cakes ini beroperasi setiap hari kecuali isnin bermula jam 1.00 petang hingga  9.00 malam.

So, jika korang peminat kek dan tak pernah cuba lagi kek-kek kat sini, jangan lupa singgah Kula Cakes tau. Setakat ni, memang tak menghampakan.

AlwaysCravingForCakes,
suhaileymohdnoor
penjualvitaminyangosem

Tuesday, September 8, 2015

Kedai Mee Sup Sedap Kemaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

alhamdulillah, last weekend pergi jalan-jalan cari makan disekitar bandar cukai, kemaman. Syok sebab 'gantung kuali' sehari. hehe

Bosan tak tahu nak makan apa, we all round bandar sampai la area pasar. since perut pun dah lapar, belasah je la makan apa pun kan. Kebetulan cik Nuraini mengidam nak makan menu 'mee'. Any menu asal kan 'mee'.

So, we all decide makan kat warung belakang stesen teksi kemaman. Bukan pertama kali, tapi tak banyak kali sangat makan kat sini. Dari zaman kanak-kanak lagi tau. Memang rekomen la warung ni.
Nama warung, Warung Pok Wel Sup, mungkin sempena nama owner warung ni kot. Tak pasti. segan nak tanya jugak.hihi.

mee sup kemaman
Nuraini yang pilih nak makan mee sup ni. Ummi ikut jek. Tak kisah sebab memang sedap. Daging banyak. hehe
Portion mee sup ni memang banyak sebab tu kongsi ngan nuraini pun tak habis.:)
mee sup sedap kemaman
Lagi sedap mee sup ni bila makan dengan cili jeruk ni. Tak pedas sangat pun, jangan risau. Janji memang sedap.
mee sup kemaman
Incik husband memilih untuk makan nasi goreng kampung. Side dish ayam nasi ayam. Menurut incik husband, nasi ayam kat warung ni pun memang sedp. Boleh consider untuk tempahan.

Bagi saya, nasi goreng kampung dan ayam nasi ayam warung ni menepati selera saya. Next time akan cuba, selalunya memang order masakan sup je. ;)

Apa pun, harus diingatkan, review mee sup dan masakan kat warung ni hanya semata-mata pendapat kami sahaja. Kalau korang nak tahu memang sedap ke tak, sila terjah warung ni dan nikmati masakan yang disediakan. order je.
mee sup kemaman

Bagi yang ingin mengunjungi warung Pok Wel Sup ini, lokasi warung ni adalah di belakang stesen teksi berhampiran Pasar Kemaman. Landmark lain ialah benteng kastam lama.
Boleh hubungi 012 960 3266 (Pok Wel) atau 013 990 7481 (Kak G) jika nak buat tempahan.

sekian, review saya tentang mee sup kat kedai warung pok wel sup. Tak sabar nak datang lagi.
Hari tu pernah datang petang, mee sup dah habis.

SayaMakanVitaminShakleeSebabTuTakRisauMakanMacamMacam

SuhaileyMohdNoor

Sunday, August 30, 2015

Makaroni Cheese Mudah Sedap Mesti Cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri khas untuk peminat Makaroni Cheese. Nak resepi makaroni cheese yang mudah tak?
Bukan sahaja mudah, of course sedap jugak. 

Bagi mereka yang baru nak berjinak ke dunia masakan, bagi saya la, menu makaroni cheese antara menu yang sesuai korang cuba kerana ia mudah. Tak perlukan skill yang tertentu nak masak makaroni cheese ni, campak-campak je bab kata orang tua, dah boleh jadi. :)


Namun, harus diingatkan, makaroni cheese ni tak boleh la dimakan hari-hari, karang kan naik tahap kolesterol tu tau. Unless uolls guna cheese yang rendah lemak, kurang sikit kolesterol tu. 

Kolesterol ni bukanlah semua tak bagus, kita perlukan kolesterol untuk maintain kan fungsi tubuh macam untuk beri pelindungan kepada saraf dan sel. nak ransang pertumbuhan otak dan saraf pun perlukan kolesterol tau.

Tapi, bila dah terlebih kolesterol pulak, itu yang salur darah jadi sempit, kolesterol duk  menempel pada salur darah. Maka, terjadilah strok. Mesti tak nak strok kan?

Nasihat saya, sila telan vitamin shaklee Phytocol ST sebelum melantak makaroni cheese ni dulu.

Bacaan lanjut : FAQ Phytocol ST Shaklee

OK. Kita teruskan dengan resepi makaroni cheese. Resepi ni saya dapat dari kawan baik saya Nurul Aziyana. Tapi as usual lah, resepi tersebut telah diubahsuai mengikut selera penduduk tetap chendor perdana ni, hihi.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak makaroni cheese

Ayam/daging kisar 400gm
Pati kiub knorr (ayam/daging)
Keju (keping/parut) 
Makaroni (elbow san remo) 
Bawang besar
Bawang putih
Oregano
Lada hitam
Telur 3-4 biji
Serbuk kari
Garam

Rebus 3 cawan makaroni sehingga masak. Toskan.

Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dipotong dadu. Tumis hingga garing.
Tambah 2-3 sudu kecil serbuk kari, lada hitam dan oregano.
makaroni cheese mudah sedap
Masukkan ayam/daging kisar dan goreng sehingga masak.
Tambah makaroni yang dah masak tadi. Kacau sebati.
makaroni cheese bakar
Dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, Kacau sebati.
Masak telur bersama makaroni dan ayam kisar tadi. Kacau semua bahan hingga sebati.

Pindah semua bahan ke dalam bekas untuk bakar.
Ratakan dalam bekas dan susun cheese dibahagian permukaan.
makaroni cheese mudah sedap
Bakar pada suhu 170 selama 20 minit.

Siap.

Alhamdulillah, hidangan mudah dan pantas. Sedap inshaAllah.
Selamat mencuba.

salam sayang,
SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

Saturday, August 29, 2015

Atasi Kencing Manis dengan Vivix Supaya Kembali Bertenaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebut pasal diabetes, mungkin ramai yang tak berapa tahu. Tapi, kalau sebut kencing manis, pasti ramai yang tahu. Siap haribulan, memang pesakit kencing manis pun.

Kenapa saya kata macam tu?
Baca ni :

'Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, seramai 2.6 juta rakyat negara ini mengidap diabetes (kencing manis) pada tahun ini.' - Bernama,2014.

Dahsyatkan  statistik di atas!. Dahsyat lagi kesan buruk kencing manis!
vivix dan kencing manis
Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti, mereka mendapati jumlah pengidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.

Antara kesan buruk kencing manis adalah:

  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Serangan Jantung
  • Strok
  • Gangrene (anggota tubuh mati) - yang kena potong kaki tu, salah satu sebab ni la..
  • Koma
  • Buta

Rasa risau dan takut bila tahu tentang kesan buruk kencing manis ni. Bagi saya, memang kena cegah jugak jika belum lagi mendapat kencing manis ni. Al maklum la, semua orang pun berpotensi menjadi pesakit kencing manis. Kalau yang dah memang pesakit kencing manis, wajib atasi penyakit ni tau.

Vitamin shaklee untuk atasi penyakit kencing manis adalah VIVIX. Vivix ini bukan sahaja boleh  membantu mengawal paras gula dalam darah, malah ia juga bertindak untuk memberi tenaga kepada mereka yang mengamalkan vivix. 

Tindakan vivix dari peringkat sel kita, membantu meningkatkan tahap kesihatan kita secara keseluruhan. Jangan tak tahu, dengan vivix, anda boleh kelihatan 25 tahun lebih muda dari usia.

Ikuti testimoni mereka yang telah berusaha mengatasi masalah kencing manis mereka dengan vivix.

vivix dan kencing manis
Alhamdulillah, ibu mertua boleh enjoy makan makanan manis walaupun dah lama kena penyakit kencing manis. Nikmat yang pesakit kencing manis je tahu.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, vivix bantu pelajar ini kawal kencing manis beliau. Bonus, beliau lebih bertenaga which is sesuatu yang sangat diperlukan diperlukan oleh semua pelajar. Orang muda kan, biasa la aktif. Zaman study lagi lah, memang wajib bertenaga, banyak aktiviti nak kena buat. Syukur beliau buat pilihan yang bijak dengan mengamalkan vivix.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah untuk pakcik. Tak perlu dah nak cucuk insulin. Leceh jugak nak cucuk insulin ni. Since dah bertenaga, boleh join kawan-kawan beraktiviti.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, gembira hati anak mana yang tak gembira bila kencing manis mak dah boleh dikawal. Mak lagi happy sebab kini dah boleh berbasikal lagi.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, bacaan kencing manis turun mendadak ke paras 7.9. Berbaloi sangat makan vivix.
vivixd dan kencing manis
Alhamdulillah, kadar gula dalam darah menurun kepada 4.8.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu sahaja, paras gula menurun dari paras 15 ke paras 10. Isteri mana yang tak gembira kan?

So, 7 testimoni atasi kencing manis dengan vivix dah saya bongkarkan.

Jika ada mak, ayah, suami, isteri, saudara mara atau sesiapa sahaja yang mengidap kencing manis, jangan lupa cadangkan pengambilan Vivix. 

Takkan nak tunggu kencing manis lebih parah kan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang vivix, boleh hubungi saya Suhailey ditalian 012 921 4064. Konsultasi percuma khas untuk customer saya.

* Nikmati diskaun 5% , keahlian shaklee percuma dan rebat tunai RM3+.++ dengan setiap pembelian 2 botol vivix. Tak lupa Free Vitalea jika anda berdaftar pada bulan ini.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
SuhaileyMohdNoor

Friday, August 28, 2015

7 BUDI BAHASA YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mmm sebenarnya lately rasa agak hopeless dengan masyarakat sekarang. Bukan apa, lately, asyik dengar kisah orang tak bayar hutang. Kesnya, si pemiutang pulak malu muka nak gi mintak, tapi si penghutang boleh pulak buat-buat tak tahu dan memang tak malu muka betul

Tak juga cerita orang merokok depan baby, ala vape tu la....mmm sabar je tau. Tak boleh ke ada sikit budi bahasa tu...huhu

So, entri kali ni nak share tentang 7 amalan budi bahasa yang masyarakat kita mungkin dah lupa or buat-buat lupa. Sebagai peringatan kepada kita semua, dan pada yang tak tahu tu, boleh la mula ambil tahu ye ;)

1.  Bila dah PINJAM buku orang, sila pulangkan.

Elak buat buku orang as harta sendiri tau. Sebolehnya, jangan la pinjam lama sangat. Mungkin tuan dia pun nak guna. Nak minta balik segan jugak. So, sebagai peminjam, sila faham sendiri ye.


2. Balas panggilan yang tak sempat dijawab.

Ini tips penting untuk suami, tolong la balas balik call isteri tu. Sila anggap panggilan dari isteri tu penting terutama isteri yang tengah duk jaga anak.

Same goes to other person. Tahap 'important' tu, sendiri nilai la yek. Macam mak, of course sangat penting kan


3. Jangan 'godek' maklumat dalam handphone atau komputer orang lain tanpa kebenaran.

Handphone dan latop/komputer personal, memang harta peribadi orang yang kita tak berhak nak usik. So, bila orang dah kasi pinjam tu, jangan memandai nak 'go thru' dokumen yang ada kat situ pulak ye.

Kindly have a respect to the owner. 

4. Elakkan memutuskan hubungan dengan pasangan melalui pesanan ringkas atau SMS.

Agak kurang asam bagi saya, kalau pasangan memutuskan hubungan melalui sms. I wolud be very grateful to break off with this kind of people. 

5.Jangan lupa tinggalkan sedikit makanan untuk yang membeli.

Wajib kot. Hopeless la kalau memang habiskan makanan, unless pembeli memang tak nak.


6. Pastikan korang boleh pegang handphone jika anda nak berbual melalui 'loudspeaker'


7.  Guna headphone bila main game or tengok video kat handphone kat tempat awam.

Sangat annoying bunyi bising tu tau. Bukan semua orang berminat dengan games dan video yang kita tengok tu. Kena fikir orang lain jugak tau. :)


Alhamdulillah. Korang jangan lupa berpesan-pesan kepada orang lain jugak tau. 

p/s:
Dear anak ummi Nuraini dan Qamarulhuda, please be kind to people. Treat others as you want to be treated.


Ada hati untuk dibangunkan...
Suhailey Mohd Noor

Wednesday, August 26, 2015

7 Waktu Terbaik Mendidik Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ilmu tentang parenting ni memang banyak sangat. Tak habis-habis nak study. Maklumlah setiap anak tu berbeza perangai dan tabiat. Memang banyak la jugak cabarannya.

Anak perempuan dengan cara dan gaya anak perempuan, anak lelaki lain pulak peel nya. Variasi yang sangat besar macam biodiversiti pulak. :)

So, entri kali ni, nak share tentang waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maklumat atau ilmu ni saya dapat daripada seorang kawan, lama dah tersimpan kat note facebook. Tahun 2011 kot. Tapi jangan risau, ilmu parenting ni masih relevan dan sesuai sampai bila-bila pun.
7 waktu terbaik didik anak

Apa yang buat saya tergerak hati nak share pasal ni ialah, lately kurang masa sikit untuk anak. Both of us la, bukan saya je. Memang rasanya masalah dan cabaran semua ibu bapa yang berkerja kot, masa limited dengan anak. Dah balik kerja, penat la jugak, kadang tak sempat nak dengar luahan anak dek sibuk menguruskan kerja rumah tangga pulak. Setuju tak?

Bila ada panduan macam ni, lega sikit rasa, memang sesuai dan berguna untuk saya. Korang bagaimana?

Menurut panduan yang diberi tu, berikut adalah waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maaf ye korang, memang tak ingat langsung nak tulis sumber rujukan. Terima kasih banyak kepada yang menyumbang panduan ni kepada saya suatu masa dahulu. Semoga Allah memberkatimu.


1.WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR (LEBIH KURANG 10 MINIT SBLM TIDUR)

Disarankan, ibu atau bapa membaca ayat dan surah berikut kepada anak-anak. Kalau boleh baca sama-sama pun lagi bagus.

a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak, niatkan agar anak menjadi anak yang soleh,cemerlang,lembut hati,rajin belajar,rajin solat dan lain2.


2.WAKTU ANAK SEDANG TIDUR

Jika tak nak baca sebelum anak tidur, baca semasa anak sedang tidur.

a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)

dan hembus pada ubun-ubun anak.
7 waktu didik anak


3.WAKTU ANAK BANGUN TIDUR

Pada waktu ini, elakkan membebel. Ambil peluang untuk berborak dengan anak. Masa ini lah nak selit nasihat, yang simple sesuai dengan keadaan anak yang baru bangun dari tidur.


4.WAKTU ANAK SELEPAS MANDI

Sambil-sambil tolong anak bersiap ke sekolah tu, boleh borak santai-santai, mungkin bercerita pasal petang semalam ke, sambil-sambil cerita pasal nabi ke or any other good deeds la.


5.WAKTU ANAK SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

Kiranya tazkirah jugak la jika tak sempat nak solat jemaah.

6.WAKTU ANAK SELEPAS SOLAT

Kalau solat berjemaah lagi bagus, lepas dah solat tu, boleh bagi tazkirah.


7.WAKTU ANAK SELEPAS RIADAH

Lepas riadah, masa anak tengah rehat tu, elok nak bagi nasihat tapi jangan marah tau. Masa ni, they all tengah relaks, cakap apa pun ok sebab tengah tenang.
7 waktu terbaik didik anak


Bagi ibu bapa yang anak mereka berjauhan seperti tinggal diasrama, boleh amalkan perkara berikut :

a- Baca ayat diatas kemudian bayangkan wajah anak anda,sebaik-baiknya diwaktu anak sedang tidur.

b- Bacalah doa untuk anak & berilah nasihat dari jauh,inshAllah sampai.

c- Sebaik-baiknya doakan mereka selepas solat tahajjud,hajat dan taubat.

7 waktu terbaik didik anak

Jom semua ibu bapa, kita amalkan dan konsisten mendidik anak supaya mereka sentiasa berada dilandasan yang betul.

InshaAllah generasi yang terbaik agamanya terbina dengan usaha terbaik dari kita semua

SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Sahsiah Ummah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...