Monday, September 1, 2014

8 KELEBIHAN ZINK KOMPLEKS YANG PATUT ANDA NIKMATI!

Zink?? Ye zink! bukan zink atap tuh, zink suplemen la..vitamin!!

Zink merupakan elemen surih yang sangat diperlukan oleh manusia, tumbuhan dan juga haiwan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat kepentingan zink si elemen surih ini kepada tubuh badan. Kenapa zink begitu penting kepada badan walhal kuantiti yang diperlukan tidak lah begitu banyak seperti protein?? Klik ESP.

Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi badan dan juga lebih 300 enzim di dalam badan kita memerlukan zink untuk memberi fungsi yang sempurna. Tanpa kehadiran zink, enzim-enzim ini ada yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

zink
zink kompleks

Tanpa membuang masa, jom kita terokai kenapa zink penting untuk badan kita! 8 kelebihan zink yang perlu anda nikmati!


KELEBIHAN ZINK 1 : ZINK MENCEGAH BUTA, RABUN MALAM & KATARAK

zink


Kajian mendapati, kandungan zink yang tinggi dijumpai pada retina mata kita. 

Faktor usia menyebabkan kandungan zink ini semakin berkurang pada retina dan seterusnya boleh menyebabkan Age-related macular degeneration (AMD) yang secara tidak langsung akan menyebabkan kehilangan penglihatan. 

Zink juga melindungi mata daripada rabun malam dan juga pembentukan katarak.


KELEBIHAN ZINK 2 : ZINK SANGAT PENTING KEPADA IBU MENGANDUNG!

Ramai ibu mengandung yang tidak menyedari yang mereka sangat memerlukan zink sepanjang kehamilan mereka. 

Biasanya ibu hamil hanya tertumpu kepada vitamin lain seperti zat besi dan b kompleks juga asid folik. 

Tahukah ibu mengandung sekalian bahawa dengan mengambil suplemen zink yang mencukupi ibu-ibu hamil dapat mengelak daripada kelahiran pra-matang dan juga kecacatan sejak lahir (congenital abnormalities). 

Zink diperlukan oleh bayi fetus dalam kandungan untuk berkembang dengan jayanya!


KELEBIHAN ZINK 3 : ZINK DAN KESUBURAN

Terdapat perbezaan fungsi di antara kesan zink untuk wanita dan lelaki apabila bercerita tentang kesan zink terhadap kesuburan.

Ya, memang tidak dinafikan lagi zink mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. 

zink dan kesuburan


Bagaimana tu? 

Sebenarnya, zink berfungsi dalam mengekalkan jumlah dan pergerakan sperma selain mengekalkan tahap normal testosterone serum. 

Bilangan sperma dan pergerakan sperma yang konsisten diperlukan oleh lelaki untuk memastikan ada diantara berjuta-juta sperma milik mereka dapat bergerak dilandasan yang betul kearah ovum untuk disenyawakan. 

Maka, persenyawaan bakal berlaku. 

Bagi wanita pula, zink membantu dalam masalah kitaran haid dan juga sindrom pra menstrual atau PMS.


KELEBIHAN ZINK 4 : ZINK MENJAGA PROSTAT LELAKI

zink dan prostat


Jangan main-main dengan zink ni tau, walaupun ia nya hanya elemen surih sahaja, tetapi zink diperlukan untuk melindungi prostat daripada jangkitan (PROSTATITIS) dan juga mencegah pembesaran tidak normal prostat (PROSTATIC HYPERTROPHY).



KELEBIHAN ZINK 5 : ZINK HAPUSKAN JERAWAT

Zink merupakan salah satu suplemen/vitamin yang bagus dalam membantu menghapuskan jerawat dan kajian juga mendapati zink memberi impak positif dalam rawatan psoriasis dan neurodermitis.


KELEBIHAN ZINK 6 : ZINK UNTUK KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG CANTIK & SIHAT

Tidak ramai yang tahu tentang peranan zink dalam kecantikan & kesihatan kulit, rambut dan juga kuku. Zink sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit. 

Apabila proses pembaharuan sel kulit kita berlaku dengan pantas, kulit akan sentiasa nampak baru atau dengan kata lain kulit kita tampak berseri lah.

Zink juga terkenal sebagai agen anti radang (anti-inflammatory agent) dan dapat membantu melegakan tisu kulit terutamanya dalam kes sunburn, (lepuh) blisters dan sesetengah penyakit gusi. 

Bagi rambut pula,  kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur, rambut tidak bermaya dan meningkatkan kebarangkalian untuk rambut menjadi uban lebih awal. Zink juga bertindak membantu menghalang kelemumur berlaku.


KELEBIHAN ZINK 7 : ZINK UNTUK PERTUMBUHAN DAN PEMBAHAGIAN SEL BADAN!!

Di sini zink memainkan peranan penting dalam pertumbuhan yang berterusan seperti pada pertumbuhan tulang, ketinggian dan berat badan individu terutama kanak-kanak yang sedang membesar dan juga remaja.


KELEBIHAN ZINK 8 : ZINK DAN SISTEM IMUN

Bagaimana zink bertindak dan kenapa ia begitu penting untuk system imun kita?? 

Dalam melawan penyakit atau pun sebarang jangkitan, system imun badan memerlukan T-Cell yang kuat untuk melawan kerintangan terhadap penyakit dan juga jangkita yang sedang dihadapi. 

Kekurangan zink menyebabkan T-cells ini lemah dan berkurang. Apabila T-cells berkurang, badan sukar untuk mencegah jangkitan terhadap penyakit dan sukar untuk melawan jangkitan yang sedang dihadapi. 

Dalam kuantiti yang tinggi, zink dipercayai efektif untuk melawan radang paru-paru (pneumonia). Zink juga dapat membantu memulihkan cirit birit jika diambil dalam dos yang tinggi. Selain itu, zink membantu dalam mempercepatkan dan mengurangkan demam yang teruk.


Tak sangka kan, begitu banyak manfaat zink yang sememangnya penting untuk badan kita. Walaupun kuantiti yang diperlukan hanya sedikit berbanding vitamin lain, tetapi peranan yang dimainkan sangat besar! Ayuh kita jangan lupakan zink dalam diet harian kita.


Shaklee ada menyediakan suplemen zink dalam bentuk tablet iaitu ZINC COMPLEX Shaklee. Harganya begitu murah (RP: RM33.75/120 biji) berbanding khasiat yang diberikan. 

Hubungi saya SUHAILEY di talian 012 921 4064 untuk mendapatkan ZINC COMPLEX SHAKLEE. Konsultasi cara makan mengikut kesesuaian akan diberi secara PERCUMA. 


zink kompleks


Nak keahlian Shaklee secara PERCUMA? klik sini Keahlian Percuma Shaklee.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah!

Pengedar Shaklee Kemaman

Pengedar Shaklee Kuantan

suey
886589
012 921 4064



Friday, August 29, 2014

mee rebus chendor perdana

alahai tajuk entri...tak menahan tu! idea dari encik husband la tu, semua nama masakan pun dia nak letak 'chendor perdana' kat belakang. so inspired with this place i guess!

mee rebus chendor perdana atau pun nama pendek dia, mee rebus, asalnya dimasak untuk encik husband tersayang memandangkan sudah bosan makan nasi setiap hari dan juga disebabkan kesibukan yang melanda encik husband yang asyik tak sempat balik makan tengahari kat rumah!
So, kita masak mee rebus aje.

actually, nak masak mee rebus ni senang je, tapi sokmolah lupa resepi, resepi sebenar sebelum diubah sesuka hati saya berasal daripada kawan saya, kak azma, tak pasti la pulak dia ceduk kat mana resepi ni, yangpasti, saya dah ubah ikut selera kami..hehe jangan marah ye kakakku sayang!

mee rebus chendor perdana
Mee Rebus Chendor Perdana

Here is the recipe!

Korang perlukan bahan-bahan ni ye..

1. Mee kuning (sila celur ye!)
2. Udang / ayam /daging (kalo ada semua sekali, cantik!!)
3. Sos tomato & Sos cili
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Bawang blend/tumbuk
7. Cili blend
8. Gula & garam
9. Cuka
10. Telur Ayam
11. Sayur (sawi & lobak merah pun dah cukup)
12. Serbuk lada hitam

Dah cukup semua bahan-bahan??? ok jom mula masak!

Tumis bawang blend, cili blend & lada hitam, cili blend tu letak sikit sudah sekiranya hidangan ini akan dihidangkan kepada budak-budak jugak.

Agak-agak dah garing, masukkan ayam/daging/udang dan seangkatan dengannya dan reneh sampai masak.

Sambil-sambil tu, masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan kicap. Banyak mana nak letak tu, terpulang kepada banyak mana mee yang korang nak masukkan nanti, biasanya untuk 1/2 paket mee kuning tu, sos-sos ni letak je 1-2 sudu, sos cili tu kalau nak pedas, sila letak lebih ye.

Air kena la masukkan sekali kan untuk kuah. Agak-agak amaun air tu setimpal la dengan mee dan bahan-bahan tadi.

Sekarang dah tiba masa nak letak gula dan garam secukup rasa korang! Pandai-pandai tambah bahan-bahan kat atas sekiranya kuah tu rasa kekurangan ye.

Dah boleh masukkan sayur dan sila masukkan telur sekiranya berminat. sebenarnya letak telur ni lagi best tau, tapi kalau tak nak letak pun takpe je.

Last sekali, boleh masukkan mee kuning yang dah dicelur tadi, tapi kalau nak asingkan kuah dan mee pun boleh.

Tadaaa..siap dah Mee Rebus Chendor Perdana  korang!

mee rebus
mee rebus ni cik nuraini punye...udang je yang banyak!


Tips :

1. Guna bawang yang ditumbuk lebih best daripada bawang blend sebab lebih terasa jus bawang tu berbanding bila blend/kisar.

2. Guna cili blend yang dimasak dan dikisar sendiri lagi best daripada beli cil boh kat kedai. terasa lebih 'kit' masakan tu tau!

3. Mee rebus chendor perdana ni lagi bertambah best bila dimakan dengan keropok goreng!

Sila cuba dan jangan segan-segan untuk ubah/tambah apa yang patut mengikut selera korang. selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca!

suey yang kini hebat memasak!

saya jual shaklee jugak tau,

suhailey mohd noor


set berpantang shaklee

Shaklee ada set berpantang ke???  Ramai yang tak tahu ye tentang set berpantang shaklee yang superb ini! Set berpantang shaklee sudah lama diamalkan oleh penduduk Malaysia juga Indonesia dan sudah pasti testimoni tentang keberkesanan set berpantang shaklee ini sudah diketahui umum. Set berpantang shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama yang penting dalam penjagaan selepas bersalin. Vitamin - vitamin tersebut adalah seperti berikut :

Vitalea
B Complex
Sustained Release Vitamin C
Zinc Complex

set berpantang shaklee
SET BERPANTANG SHAKLEE

Apa kata kita tengok pula bagaimana vitamin-vitamin dalam set berpantang shaklee ini mampu mengembalikan kecergasan and juga menjaga anda semasa berpantang.

Vitalea
multivitamin penting yang diperlukan oleh badan tak kira la sebelum, semasa atau selepas berpantang. Vitalea membekalkan nutrien dan zat mineral penting kepada badan kita memandangkan semasa berpantang, kita tidak digalakkan atau berpantang daripada mengambil hampir semua jenis makanan kecuali makanan-makanan tertentu. maka, pasti lah khasiat daripada vitalea yang mengandungi banyak vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh badan kita. Apabila badan dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi, sudah pasti badan akan sihat dan cergas. Mudah menjaga anak dan rumah tangga kan?

B Complex
Selain memberi khasiat tentang kesemua jenis vitamin B, B Complex ini dapat mengelakkan ibu berpantang mengalami sindrom kemurungan. ini disebabkan oleh, sifat vitamin B yang mengurangkan stress dan membuatkan ibu berasa tenang. Tak lupa juga, B Complex sangat membantu dalam membekalkan tenaga kepada ibu-ibu.

Sustained Released Vitamin C
Vitamin C selain untuk mengatasi masalah kulit kusam semasa berpantang, ia juga memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka episiotomi. selalu masa berpantang ambil buah oren kan untuk bekalan vitamin C, nak makan banyak tak dibenarkan pulak, maka boleh digantikan dengan 1 tablet Vitamin C shaklee yang bersamaan khasiat 7 biji oren.

Zinc Complex
Fungsi utama zink dalam set berpantang shaklee ini lebih kepada untuk mempercepatkan luka episiotomi sembuh. Fungsi lain termasuklah, membantu mengurangkan rambut gugur, kecutkan jerawat, dan lain-lain.

Begitulah maklumat tentang set berpantang shaklee! Amat disyorkan untuk ibu-ibu yang bakal berpantang tidak kiralah bersalin secara normal atau secara pembedahan. Yang pasti, anak kuning pun tiada masalah untuk ibu-ibu mengambil set berpantang shaklee ini.

Harga? sudah pasti lah harga mampu milik dan berpatutan. Hubungi saya pengedar sah rangkaian vitamin shaklee anda untuk maklumat lanjut tentang set berpantang shaklee dan produk shaklee yang lain.

bersama memajukan ekonomi ummah
harga istimewa untuk bakal ahli shaklee tau!
Cara untuk menjadi ahli?? klik keahlian FREE shaklee untuk maklumat lanjut!

suhailey
886589
0129214064

Friday, August 8, 2014

ikan singgang ala suey

Hari ni nak share resepi salah satu kegemaran orang Terengganu iaitu ikan singgang! Penduduk negeri lain pun suka jugak masakan ni barangkali, tapi tak pasti pulak masakan ni dipanggil ikan singgang jugak or nama lain. 

Resepi ni turun temurun daripada keluarga mak dan diamalkan oleh kami adik beradik. Saje share resepi ni kat blog so that senang nak buat rujukan dikemudian hari. Kalau tulis kat buku, confirm hilang, takpun kena koyak dengan cik nuraini sayang! 

ikan singgang ala suey


Jom tengok apa yang diperlukan untuk masakan ikan singgang resepi suey ini ye!

Ikan
Boleh guna samada ikan selayang or ikan aye a.k.a ikan tongkol! Both ikan pun sedap tapi ikan selayang lagi senang nak manage tau. Berapa banyak nak kena guna ni? Ok, kalau ikan selayang, untuk makan 2-4 orang, separuh pun dah ok, kalau ikan tongkol pulak, sekeping dah cukup. Tapi, kalau anda jenis yang suka ratah ikan dalam kuah ni, letak la lebih. Macam kami ni, kami lebih prefer makan ikan goring daripada ikan dalam kuah singgang tu, maka memang kami letak seminimum yang mungkin dalam kuah singgang tuh. Selebihnya kami goreng je ikan tu.

Seterusnya, 

bahan-bahan lain
Kita perlukan lengkuas, kunyit (serbuk pun boleh), asam keping, bawang putih dan cili padi (nak bagi kit sikit!) lengkuas tu 2-3 hirisan dah cukup. Kunyit pulak, kalau guna kunyit serbuk, agak2 dah kuning sikit kuah tu cukuplah, dan jika guna kunyit hidup, setengah inci dah cukup tau! Asam keping pulak sekeping dah cukup. Cili padi ikut tahap kepedasan yang anda mahu ye! Suey letak 2 biji je.

Ok, macamana nak masak???

Sonang ajo…letak semua bahan termasuklah ikan dalam periuk berisi air dan letak atas dapur gas, masak la..masukkan garam untuk bagi rasa tau!. Masak sehingga mendidih. 

Siap!!!

Senang sangat kan??

p/s : masakan ikan singgang ini sangat best dihidangkan bersama ikan goreng, kangkung celur dan juga budu!

Jom masak-masak!


Wednesday, April 2, 2014

Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy

Assalamualaikum semua,
Blogger terkenal ni ada buat segmenlah!
Jom kawan-kawan, kita join segmen mini ni, macam menarik je. Kebetulan pulak dah lama tak join segmen, semenjak sambung study ni..hehe


Syarat penyertaan sangat mudah dan power bank itu juga nampak begitu menarik sekali.
penyertaan tamat pada 10 April 2014 (11.59 mlm).

Nak tahu lebih lanjut, klik link di atas. Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy. Blog ni sebenarnya saya selalu visit untuk tengok cerita online! Duk asrama sekarang ni, takde tv!

Do support wan ye..

suhailey

7 Kesan Pengambilan Kolagen

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Entri kali ini nak bercerita tentang, kelebihan kolagen shaklee yang dah lama berada di pasaran. Hot selling jugak kolagen shaklee ini, macam ESP lah. Al maklumlah semua orang pun nak cantik, nak lebih cantik, nak kulit tegang, nak kulit anjal, nak melambatkan penuaan, pendek kata, nak menjaga kecantikan lah. Maka, jom kita lihat apa kelebihan yang kita boleh dapat apabila mengamalkan pengambilan kolagen shaklee dalam diet harian kita. Kita tengok, sejauh mana kolagen shaklee ini perlu untuk kita ambil atau memang wajib ambil lah kolagen ni.

kolagen
kolagen shaklee


7 Kesan Pengambilan Kolagen yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;

1. Anti Penuaan
Bagaimana?
Kolagen bertindak dengan mengecilkan liang pori, kedutan dan garis halus yang kelihatan

2. Menghidratkan
Bagaimana tu?
Dengan pengambilan kolagen, ia melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka. Kulit muka kita akan kelihatan lembap dan licin gitu.

3. Mengembalikan keanjalan kulit
kolagen dapat membantu meningkatkan ketegangan kulit, kita sedia maklum bahawa untuk kulit sentiasa tegang, ia memerlukan kolagen yang cukup. Apabila kulit kita mempunyai kolagen yang cukup, ia akan kelihatan anjal dan seterusnya meningkatkan kelembutan kulit. Cantik la muka kita kan?

4. Menyubur
Bukan sahaja kesan kolagen ini dapat dilihat pada kulit, malah, kolagen juga memberi kesan baik kepada kuku dan rambut. Dengan jumlah kolagen yang memcukupi di dalam tubuh kita, kolagen tersebut dapat membantu menggalakkan kuku yang kuat dan rambut yang bersinar serta tebal.

5. Mencerahkan kulit
Kita semua pasti suka kesan kolagen yang kelima ini kan. Kolagen mencerahkan dengan mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan tona kulit kita. Sekarang kita tahu kan kenapa mereka yang ambil kolagen sebagai suplemen ini, kulit mereka nampak cantik.

6. Menegang
Kolagen juga bukan sahaja membantu menegang dan menganjalkan kulit, malah kolagen juga membantu menegangkan dan menganjalkan payudara. Aset penting wanita.

7. Melicinkan
 kulit dah tegang, anjal, lembut, seterusnya, sudah pastilah kolagen juga melicinkan kulit.

Nak kulit licin, cerah, anjal, tegang dan sekata? Jom cuba kolagen shaklee. Pasti tak menyesal.

Hubungi saya suhailey (id 886589) di talian 012 921 4064, untuk mendapatkan kolagen shaklee dan eksklusif untuk anda, konsultasi pemakanan dan tips kecantikan khas untuk anda. Pengedar Shaklee Kemaman dan Pengedar Shaklee Kuantan anda.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Your Shaklee Independent Distributor
suhailey mohd noor
id 886589
012 921 4064

Tuesday, April 1, 2014

Cinch Energy Tea Mix untuk kuruskan badan ke?

peminat teh pasti suka dengar info tentang teh yang boleh membantu anda menguruskan berat badan disamping tidak menjejaskan kesihatan. entri ini juga ada kaitan dengan khasiat teh hijau yang telah saya tulis sebekum ini. klik sini untuk rujukan, bagaimana teh hijau boleh membantu menguruskan berat badan dan juga memelihara kesihatan. Teh yang saya maksudkan pada tulisan kali ini bukan sahaja melibatkan teh hijau tetapi juga teh merah dan teh putih. Teh yang saya maksudkan ialah Cinch Energy Tea Mix keluaran shaklee (M) sdn bhd.

Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix Shaklee merupakan salah satu produk dalam set pengurusan berat badan yang terdiri daripada cinch shake mix, alfalfa, lecithin, omega guard, herblax dan juga Cinch Energy Tea Mix shaklee ini. 

Kenapa Cinch Energy Tea Mix ini termasuk dalam set kurus shaklee? Apa kandungan Cinch Energy Tea Mix ni? Untuk menjawab soalan tersebut, jom kita lihat kandungan dan kebaikan yang Cinch Energy Tea Mix boleh berikan.

Kandungan utama Cinch Energy Tea Mix shaklee ini adalah seperti berikut :
# teh hijau matcha
# ekstrak teh hijau
# teh putih 
# teh roibos merah. 
# taurina

Kebaikan Cinch Energy Tea Mix adalah :

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x
2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat
5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

Khasiat CINCH ENERGY TEA MIX  bukan sahaja seperti di atas, malah ia juga memberikan khasiat seperti berikut :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti asma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak betul khasiat cinch energy tea mix ni, bukan setakat boleh membantu kuruskan badan ni, memang bagus untuk kesihatan kita. Maka nya, cinch energy tea mix ni boleh juga dikongsi satu keluarga, tak semestinya untuk mereka yang kurus sahaja, malah ianya sesuai untuk kita semua.

setiap pembelian akan disertakan dengan cara makan eksklusif dari saya dan juga tips penjimatan cinch energy tea mix ini.

hubungi saya untuk mencuba di talian 0129214064.

bersama membangunkan ekonomi ummah

suey
SID Shaklee anda




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...