Wednesday, April 2, 2014

Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy

Assalamualaikum semua,
Blogger terkenal ni ada buat segmenlah!
Jom kawan-kawan, kita join segmen mini ni, macam menarik je. Kebetulan pulak dah lama tak join segmen, semenjak sambung study ni..hehe


Syarat penyertaan sangat mudah dan power bank itu juga nampak begitu menarik sekali.
penyertaan tamat pada 10 April 2014 (11.59 mlm).

Nak tahu lebih lanjut, klik link di atas. Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy. Blog ni sebenarnya saya selalu visit untuk tengok cerita online! Duk asrama sekarang ni, takde tv!

Do support wan ye..

suhailey

7 Kesan Pengambilan Kolagen

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Entri kali ini nak bercerita tentang, kelebihan kolagen shaklee yang dah lama berada di pasaran. Hot selling jugak kolagen shaklee ini, macam ESP lah. Al maklumlah semua orang pun nak cantik, nak lebih cantik, nak kulit tegang, nak kulit anjal, nak melambatkan penuaan, pendek kata, nak menjaga kecantikan lah. Maka, jom kita lihat apa kelebihan yang kita boleh dapat apabila mengamalkan pengambilan kolagen shaklee dalam diet harian kita. Kita tengok, sejauh mana kolagen shaklee ini perlu untuk kita ambil atau memang wajib ambil lah kolagen ni.

kolagen
kolagen shaklee


7 Kesan Pengambilan Kolagen yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;

1. Anti Penuaan
Bagaimana?
Kolagen bertindak dengan mengecilkan liang pori, kedutan dan garis halus yang kelihatan

2. Menghidratkan
Bagaimana tu?
Dengan pengambilan kolagen, ia melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka. Kulit muka kita akan kelihatan lembap dan licin gitu.

3. Mengembalikan keanjalan kulit
kolagen dapat membantu meningkatkan ketegangan kulit, kita sedia maklum bahawa untuk kulit sentiasa tegang, ia memerlukan kolagen yang cukup. Apabila kulit kita mempunyai kolagen yang cukup, ia akan kelihatan anjal dan seterusnya meningkatkan kelembutan kulit. Cantik la muka kita kan?

4. Menyubur
Bukan sahaja kesan kolagen ini dapat dilihat pada kulit, malah, kolagen juga memberi kesan baik kepada kuku dan rambut. Dengan jumlah kolagen yang memcukupi di dalam tubuh kita, kolagen tersebut dapat membantu menggalakkan kuku yang kuat dan rambut yang bersinar serta tebal.

5. Mencerahkan kulit
Kita semua pasti suka kesan kolagen yang kelima ini kan. Kolagen mencerahkan dengan mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan tona kulit kita. Sekarang kita tahu kan kenapa mereka yang ambil kolagen sebagai suplemen ini, kulit mereka nampak cantik.

6. Menegang
Kolagen juga bukan sahaja membantu menegang dan menganjalkan kulit, malah kolagen juga membantu menegangkan dan menganjalkan payudara. Aset penting wanita.

7. Melicinkan
 kulit dah tegang, anjal, lembut, seterusnya, sudah pastilah kolagen juga melicinkan kulit.

Nak kulit licin, cerah, anjal, tegang dan sekata? Jom cuba kolagen shaklee. Pasti tak menyesal.

Hubungi saya suhailey (id 886589) di talian 012 921 4064, untuk mendapatkan kolagen shaklee dan eksklusif untuk anda, konsultasi pemakanan dan tips kecantikan khas untuk anda. Pengedar Shaklee Kemaman dan Pengedar Shaklee Kuantan anda.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Your Shaklee Independent Distributor
suhailey mohd noor
id 886589
012 921 4064

Tuesday, April 1, 2014

Cinch Energy Tea Mix untuk kuruskan badan ke?

peminat teh pasti suka dengar info tentang teh yang boleh membantu anda menguruskan berat badan disamping tidak menjejaskan kesihatan. entri ini juga ada kaitan dengan khasiat teh hijau yang telah saya tulis sebekum ini. klik sini untuk rujukan, bagaimana teh hijau boleh membantu menguruskan berat badan dan juga memelihara kesihatan. Teh yang saya maksudkan pada tulisan kali ini bukan sahaja melibatkan teh hijau tetapi juga teh merah dan teh putih. Teh yang saya maksudkan ialah Cinch Energy Tea Mix keluaran shaklee (M) sdn bhd.

Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix Shaklee merupakan salah satu produk dalam set pengurusan berat badan yang terdiri daripada cinch shake mix, alfalfa, lecithin, omega guard, herblax dan juga Cinch Energy Tea Mix shaklee ini. 

Kenapa Cinch Energy Tea Mix ini termasuk dalam set kurus shaklee? Apa kandungan Cinch Energy Tea Mix ni? Untuk menjawab soalan tersebut, jom kita lihat kandungan dan kebaikan yang Cinch Energy Tea Mix boleh berikan.

Kandungan utama Cinch Energy Tea Mix shaklee ini adalah seperti berikut :
# teh hijau matcha
# ekstrak teh hijau
# teh putih 
# teh roibos merah. 
# taurina

Kebaikan Cinch Energy Tea Mix adalah :

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x
2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat
5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

Khasiat CINCH ENERGY TEA MIX  bukan sahaja seperti di atas, malah ia juga memberikan khasiat seperti berikut :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti asma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak betul khasiat cinch energy tea mix ni, bukan setakat boleh membantu kuruskan badan ni, memang bagus untuk kesihatan kita. Maka nya, cinch energy tea mix ni boleh juga dikongsi satu keluarga, tak semestinya untuk mereka yang kurus sahaja, malah ianya sesuai untuk kita semua.

setiap pembelian akan disertakan dengan cara makan eksklusif dari saya dan juga tips penjimatan cinch energy tea mix ini.

hubungi saya untuk mencuba di talian 0129214064.

bersama membangunkan ekonomi ummah

suey
SID Shaklee anda




Tuesday, March 25, 2014

Mealshake Membantu Meningkatkan Selera Makan

Anak tak nak makan?
Tak suka makan?
Susah nak makan?
Memilih makan sangat?
Picky eater ke?

Keluhan biasa para ibu abad ini.
Eh masalah ini telah lama berlaku lah. Memang ada segelintir kanak-kanak yang kurang gemar untuk makan dan ada pulak kanak-kanak yang suka sangat makan.

Faktor gentik barangkali. Apa pun, niat utama hari ini adalah untuk berkongsi tentang makanan tambahan untuk membantu meningkatkan selera kanak-kanak iaitu Mealshake.

Pengedar shaklee kemaman
Mealshake
Apa Mealshake ni?
Sedap ke Mealshake ni?

Jom kenali mealshake dengan lebih terperinci.

Mealshake shaklee ni hanya sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas je tau.
Pihak shaklee memang tidak mencipta suplemen untuk kanak-kanak dibawah usia 1 tahun.

Untuk info berkenaan mealshake, boleh klik entri terdahulu fakta mealshake.

Memandangkan fakta berkenaan mealshake dan sedikit telah dikongsikan pada entri tersebut, maka jom kita tengok testimoni mealshake dalam membantu menaikkan selera makan kanak-kanak.

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4



Itulah antara testimoni ibu-ibu yang berikhtiar dengan memberi mealshake kepada anak mereka untuk meningkatkan selera makan anak-anak mereka.

Alhamdulillah terbukti Mealshake dapat membantu meningkatkan selera anak-anak mereka. Menarik bukan?

Jika puan/tuan ingin mencuba untuk anak Tuan/Puan, boleh hubungi saya SUHAILEY ditalian 012 921 4064 untuk sebarang pesanan Mealshake shaklee ini.
Konsultasi percuma diberikan untuk setiap pembelian.

Sebelum terlupa, nak share tentang resepi bancuh mealshake, macam kawan saya ni..klik RESEPI MEALSHAKE 

credit kepada tuan punya gambar (seperti watermark diatas gambar)

vitamin story teller
suey
0129214064
nak jadi ahli shaklee pun boleh!

5 Vitamin Anti Penuaan?

NAK CANTIK, NAK SIHAT, TAK NAK CEPAT TUA.

Baiklah. saya cerita tentang 5 vitamin anti penuaan cap Shaklee, yang bukan sahaja melambatkan penuaan malah mampu membantu anda semua sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan seharian dan juga dalam beribadah.

Semoga entri ini berguna untuk mereka yang tercari-cari cara yang selamat dan efektif dalam melambatkan penuaan serta menghalang penuaan sebelum usia yang sepatutnya sambil tampil cergas dan sihat.

Cara yang selamat adalah penting agar kita tidak merosakkan diri dalam mencapai matlamat untuk sihat dan cantik. Jom terokai 5 vitamin anti penuaan dari shaklee. Nak tahu apa itu penuaan? klik PENUAAN untuk maklumat lanjut.

Perbandingan kiri dan kanan (beza kulit yang mengalami penuaan dan tidak)

5 vitamin anti penuaan yang saya maksudkan itu adalah Sustained Released Vitamin C, Vivix, Vitamin A (caratomax), Vitamin E dan CoQ Health.

Kelima-lima vitamin anti penuaan ini mampu untuk membantu menghalang penuaan sebelum usia dan juga membantu dalam kesihatan dalaman. Jom terjah maklumat lanjut berkenaan kelima-lima vitamin anti penuaan shaklee ini. Jemput baca kawan-kawan.

Sustained Release Vitamin C


Vitamin C melindungi daripada kerosakan pada kulit dan juga mengurangkan kesan 'sunburn' pada kulit dengan bertindak melawan radikal bebas dan terlibat dalam penghasilan kolagen. Vitamin C juga membantu menghalang tindakan bahan kimia yang mempercepatkan proses penuaan.

Selain itu, bekalan Vitamin C yang mencukupi menguatkan sistem imun selain membantu badan menyerap zat besi dan asid folik dengan lebih baik serta membantu dalam penukaran makanan kepada bentuk tenaga.

Untuk pengetahuan semua, setiap tablet sustained release vitamin c shaklee bersamaan hidangan 7.5 biji buah oren.

 Vivix


Vivix merupakan suplemen anti penuaan anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan oleh shaklee. Kajian klinikal  menunjukkan, ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

Vivix memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap selular iaitu melindungi dan memperbaiki sellular DNA , memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria dan melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products).

Seterusnya, vivix juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sendi, sistem imun, perlindungan antioksida dan juga  peningkatan tenaga pada tahap sellular.


 Vitamin A ( Caratomax )

vitamin A

Caratomax shaklee mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat.

Kandungan lycopene di dalam  caratomax yang bersifat antioksidan, membantu menghalang penuaan organ.

Selain lycopene, caratomax juga mengandungi alpha carotene, beta carotene, astaxantin, lutein dan zeaxanthin dari sumber semulajadi yang penting dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh.


Vitamin E

Satu tablet vitamin E sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.

Vitamin E mengandungi antioksidan yang kuat untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain daripada itu, vitamin E juga brfungsi untuk melindungi jantung, mempertingkatkan kemampuan reproduktif dan membantu memperbaiki arthritis.

Vitamin E shaklee lengkap dengan selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan lebih baik selain memelihara sel-sel membran, sel darah merah dan tisu-tisu otot.


CoQHealth

salah satu fungsi CoQHealth adalah untuk membaiki peredaran darah dengan membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dengan ini, kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. Fungsi utama CoQHealth ialah untuk kesihatan jantung.


Begitulah secara ringkas tentang 5 vitamin anti penuaan shaklee. semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk berbincang dengan lebih lanjut sekiranya anda berminat untuk mencuba salah satu atau kesemua 5 vitamin anti penuaan shaklee tersebut.

pengedar shaklee

Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju.


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Sah Anda
suey

Monday, March 24, 2014

5 PUNCA PENUAAN BUAT ANDA NAMPAK LEBIH TUA DARI USIA

Topik menarik nak dikongsikan bersama hari ini.

Bila sebut je pasal kecantikan, petua mudah nak cantik la terutamanya, pasti kakak-kakak, adik-adik jugak makcik-makcik teruja untuk mengetahui rahsia untuk cantik bukan? Namun, kita sering lupa akan proses penuaan yang menyebabkan kecantikan semakin merosot.

Maka, kita perlu mengkaji punca penuaan berlaku untuk mengekalkan tahap kecantikan kulit kita.

Hari ini saya nak fokus tentang PUNCA PENUAAN berlaku. Kita kaji dahulu punca penuaan berlaku. Apa yang kita semua inginkan pastilah sesuatu yang mampu dalam melambatkan penuaan iaitu produk yang bersifat ANTI PENUAAN. Dengan kata lain, nak melambatkan penuaan la ni. Nak awet muda lor.


Firstly, kita wajib tahu dulu, apakah punca yang mendorong kepada PENUAAN. Kita kaji kenapa dan bagaimana penuaan boleh berlaku, apa punca dan seterusnya apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang penuaan ini berlaku.

Boleh ke kita menghalang penuaan? Jom kita selidik 5 punca penuaan buat anda nampak lebih tua dari usia.

Sinaran Ultraviolet

Tidak dinafikan, sinaran ultraviolet memainkan peranan penting menjadi faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pendedahan berlebihan pada pada sinar gelombang panjang radiasi ultra lembayung (UVA) dan gelombang sederhana radiasi ultra lembayung (UVB) boleh merosakkan kulit. Menurut satu kaji selidik yang dilakukan, penduduk di negara yang beriklim tropika akan terdedah dengan sinaran UV dan menerima 95 peratus pancaran terus matahari sepanjang hari yang boleh merosakkan kulit dan kerana kurang prihatin mengenai hal ini, risiko untuk mendapat kanser kulit adalah sangat tinggi. Sinar UV menyebabkan wajah lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan dan juga pigmentasi.

Radikal Bebas
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak dan ini sudah pasti mempercepatkan penuaan dan juga mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Merokok
Ya, merokok membuatkan anda nampak lebih tua daripada usia sebenar. Satu kajian dari Case Western Reserve University di Cleveland baru-baru ini telah membuktikannya dengan  kajian ke atas pasangan kembar identikal. Untuk keperluan tersebut, kajian yang dipimpin oleh Dr Bahman Guyuron dari University Hospital di Cleveland menghadiri Festival Hari Kembar di Twinsburg, Ohio. Di sana mereka merekrut 79 pasangan kembar di mana salah satu kembar merokok sedangkan yang lainnya tidak merokok atau setidaknya merokok 5 tahun lebih singkat daripada kembarnya. Perbezaan rata-rata dalam riwayat merokok di antara pasangan kembar yang sama-sama merokok adalah 13 tahun. Hasil kajian mendapati para perokok menunjukkan kelopak mata atas yang lebih kendur dan kelopak mata bawah yang lebih berkantung. Mereka juga memiliki skor yang lebih buruk untuk keriput wajah, kerutan di bibir atas dan bawah, dan kulit di pipi, dan garis-garis penuaan lebih jelas di dahi dan di antara hidung dan mulut.

Stress Oksidatif 
Punca utama dan pertama masalah penuaan dengan ditandai pengeriputan kulit adalah Stress Oksidatif, yakni ketidakmampuan tubuh dalam menetralkan radikal bebas yang ada dalam tubuh.
 
Faktor Pemakanan
Kurang pengambilan air putih juga boleh punca yang mempercepatkan penuaan kulit. Kulit yang terhidrasi mudah mengalami kedutan walaupun usia anda masih muda remaja.

Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat dan bekalan zat nutrien yang kurang mencukupi menyebabkan sel tidak mendapat nutrien yang cukup dan seterusnya kulit kelihatan tidak bermaya.

Hormon
Kekurangan hormon dan juga ketidakstabilan hormon di dalam badan juga merupakan punca penuaan berlaku. Hormon yang berkurang dan tidak stabil boleh mempercepatkan penuaan.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Bagi wanita,  kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Gangguan ini punca yang mempercepatkan penuaan berlaku.

Sebenarnya, terdapat lagi punca lain yang mampu mempercepatkan penuaan seperti pangambilan alkohol, kehidupan yang stress, pencemaran, genetik dan juga cara penjagaan diri.


Bagaimana untuk melambatkan proses penuaan ini? Kita sambung di entri seterusnya.


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
suey
shaklee independent distributor
886589



cc Utusan Malaysia, Info Kesihatan, MajalahKesehatan.com


Friday, March 21, 2014

MANFAAT TEH HIJAU

Holla everyone!!

Masih berkisar tentang Teh Hijau! Semalam dah cerita tentang Teh Hijau dan kaitannya dengan penurunan berat badan. Baca di sini untuk akses kepada artikel tersebut ye. Kurus dengan Teh Hijau
 Teh Hijau

Jom kita tengok manfaat lain yang TEH HIJAU mampu beri kepada kita. Segala info saya petik dari beberapa laman web yang saya google. InshaAllah informasi yang dipaparkan adalah dari sumber yang sahih. Manfaat yang Teh Hijau boleh bagi adalah seperti berikut :

1) Mengurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. Maka, wajarlah teh hijau ini diambil oleh seisi keluarga untuk melindungi daripada risiko kanser!

2) Mengatasi bengkak mata

Bagi mereka yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan mata, boleh cuba minum Teh Hijau tau. Memandang, teh hijau ini mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.


3) Antiseptik kulit

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. Bagaimana? Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. Boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak juga.


4) Melindungi kulit

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. Tips yang bagus untuk wanita diluar sana yang memang mementingkan penjagaan kecantikan diri.


5) Menurunkan tekanan darah

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. Sangat bagus untuk dicadangkan kepada ibu bapa juga mertua yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Sesuai dijadikan stok bekalan harian buat mereka.


6) Menguatkan daya ingatan
Para pelajar, take note ok. Instead of ambil coffee untuk stay up, better ambil Teh Hijau Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.

7) Awet Muda

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok. Manfaat yang membuatkan saya teruja untuk minum teh hijau.

8) Memanjangkan Hayat

Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

9) Mencegah Keracunan Makanan Hayat 

Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

10) Mencegah Penyakit Gigi

 Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

10 manfaat teh hijau berjaya dikongsi.Alhamdulillah dipermudahkan.

Ingin mencuba teh hijau dari shaklee? hubungi 0129214064 or sueymn@yahoo.com

bersama membangunkan ekonomi ummah
suhailey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...