Pages

Saturday, July 11, 2015

CHICKEN CHOP SOS BLACK PEPPER MUDAH

Chicken chop???
I like!!! U like???
Entri khas untuk peminat setia chicken chop!
chicken chop sos black pepper untuk uolls hari ini tau.

Walaupun chicken chop ni merupakan salah satu makanan barat, namun, chicken chop memang menjadi salah satu pilihan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tapi,takde la jadi makanan ruji kan???

Basically, resepi ni saya dapat masa attend kelas masakan di Kolej Komuniti Kemaman. Lepas attend kelas tu, terus cuba resepi chicken chop ni dan alhamdulillah menjadi. So, saya kongsikan resepi chicken chop ni dengan uolls semua.


Lets cook dearest readers...

Resepi chicken chop ni sangat mudah kerana hanya memerlukan beberapa bahan sahaja iaitu :

Ayam (bahagian peha)
Tepung gandum/serbaguna
Telur
Garam


Sos Perang (brown sauce)

Bay Leave
Lada Hitam
Bawang Putih
Mentega

Jom prepare chicken chop first.

Firstly, pecahkan telur, 2 biji cukup untuk 2-3 ketul peha ayam. Kalau uolls rasa tak cukup, tambah ler. common sense ok.

Secondly, sediakan tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung serbaguna la bagus sebab dah diayak. 

Thirdly, panaskan minyak dalam kuali. Sementara tunggu minyak panas, celup peha ayam dengan telur.  

Dah celup dengan telur, salut pulak ayam tersebut dengan tepung serbaguna tadi.



Bila minyak dah panas, goreng la ayam tersebut sehingga masak dan rangup.

Jom prepare sos black pepper pulak.

Sementara tunggu ayam masak, sediakan campuran sos perang bersama air,kacau sehingga sebati. Banyak mana uolls nak sos tu bergantung pada berapa ketul ayam yang uolls sediakan. Agak - agak sendiri la ye.

Then, dalam periuk / vision pun boleh, panaskan mentega. Masukkan bawang putih yang dah dicincang halus. 

Masukkan black pepper secukup rasa dan dah boleh masukkan bay leave 2-3 helai. Mix until wangi tau.


Sekarang dah boleh masukkan campuran sos perang dan air yang dah sebati tadi. Masak dalam masa 20-30 minit. Kalau uolls rasa sos tu pekat sangat, tambah je air. Kalau terpekat sangat pulak. Tambah sos perang sikit tau.

Eh, uolls jangan lupa tengok ayam yang tengah digoreng tadi, hangus pulak karang.

So, bila both ayam dan sos dah siap, dah boleh hidangkan. Boleh la nak goreng fries sikit, hias dengan tomato dan salad sikit dalam pinggan tu ;).

Dah siap! Selamat menjamu selera.

Suhailey Mohd Noor

p/s: kalau uolls punye resepi lagi mudah, jangan segan nak share kat bahagian komen yek ;)

1 comment:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much